
Penunggang motosikal sememangnya antara kenderaan yang melalui jalan-jalan raya yang sesak. Jadi, para penungang perlu lebih berhati-hati ketika membawa motosikal lebih-lebih lagi jika ada pembonceng dibelakangnya.
Namun begitu, menerusi video yang tular di laman Twitter, sebuah motosikal yang dipandu oleh seorang lelaki dilihat agak mencurigakan apabila pembawanya seperti melakukan kekasaran kepada pembonceng.
Dua kali perempuan tu kena siku
Apa yang membuatkan netizen panik selepas melihat rakaman video dari dashcam kereta dibelakangnya adalah kedudukan wanita itu yang hampir sahaja terjatuh selepas disiku sebanyak dua kali oleh lelaki tersebut.
Dalam keadaan motosikal yang sedang memecut laju, sudah tentu kejadian berkenaan boleh mendatangkan bah4ya kepada wanita terbabit.
Bantai wanita atas motor
Menerusi video yang dikongsikan Travel Jimat, dapat dilihat lelaki yang dipercayai adalah seorang suami seolah-olah sedang menyiku wanita dibelakangnya dengan kuat ketika berada di atas motosikal.
Tindakan tersebut berjaya dirakam dan dimuat naik ke laman sosial sehingga teruk dik3cam oleh netizen.
2 kali dia siku perempuan tu dkt atas motor. Ada budak kecil lagi.
Kesian pompuan yg dpt laki tak guna macam ni. pic.twitter.com/KClUl2UXCq— Travel Jimat (@TravelJimat) April 17, 2022
Angkat kaki je kalau laki jenis macam ni
Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata netizen telah meluahkan rasa geram selepas menonton video berdurasi 12 saat tersebut kerana merasakan lelaki berkenaan bukanlah seseorang yang bertanggungjawab.
Mereka juga sempat menitipkan pesan kepada para wanita yang belum berkahwin supaya elakkan diri daripada mendekati lelaki seperti itu jika enggan kehidupan s3ngsara selepas berkahwin nanti.
Berikut diantara komen – komen dari warganet :
Laki macam ni patut kena tinggal je
Apalah nasib akan tu nanti bila sampai destinasi
Dah jemu, atas motor pun bedal tak sempat tunggu sampai rumah
Memang ada lelaki macam ni
Biar kahwin lambat, asal tak salah kahwin
Kenapa ada lagi wanita yang nak stay dengan lelaki macam ni?
Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang penjelasan atau pengakuan daripada pihak penunggang dan pembonceng tersebut kerana boleh jadi ada salah faham berkenaan video yang telah ditonton lebih dari 200 ribu viewers di Twitter.
Sumber: Twitter Travel Jimat
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply