
Assalamualaikum. Nama aku Ahmad Zaki. Umur aku 35 tahun dan masih bujang. Aku bekerja biasa dengan gaji RM2.5k sebulan. Kalau buat OT, dapatlah dalam RM3k lebih.
Aku enam beradik dan aku anak ketiga. Aku nak cerita pasal adik bongsu perempuan aku. Umurnya dalam awal 20an. Dan aku terbaca kisah pasal bahana games dan handphone di sini.
Mengelupur Nak Pakai Phone
Ya, adik aku adalah salah satunya. Dia pakai handphone dari sekolah lagi.
Itupun setelah dia mengamuk sakan dengan Mak Abah aku. Siap ugut nak lari rumah lagi. Disebabkan dia anak bongsu dan agak dimanjakan, so akhirnya Abah aku belikan handphone untuk dia. Memang seronoklah dia. Siang malam dok hadap jer handphone tue.
Tapi bila dia dah start kerja dan sekarang memiliki handphone Iphone, semakin menjadi perangai dan kelakuannya. Bila dia cuti, langsung tak nampak muka. Bukan merayap tapi terperap dalam bilik main games Pubg kalau tak salah.
Tengah main games, jangan haraplah dia nak angkat call bila orang telefon dia. Takkan selagi dia hadap games. Dan saya setuju dengan artikel tersebut, bab bercakap kasar dan mencarut. Kakak sulung aku banyak kali dah tegur dia.
Namun dia balas dengan nada maki hamun dan berani mencarut. Perkataan b**i, p*****k, s**l tue memang selalulah disebut.
Tak Hormat Mak Bapak
Paling buat aku luruh dan sedih, dia takde segan silu untuk maki hamun Mak Abah aku. Dia pernah kata, “Tak payah sibuk hal akulah! Aku dah besar! Aku nak hidup sendiri. Jangan masuk campur!
“Sekali kakak nombor 2 aku balas, “Nak hidup sendiri? Haa, silakan pindah dari rumah nie. Duduk hidup sendiri kat luar tue. Anggap jer kau tue anak yatim piatu, sebatang kara takde adik beradik. Berambus kalau nak hidup sendiri.”
Adik aku bengang dan cakap, “Patutlah kau kahwin bertahun tahun takde anak. Macam haram perangai kan! Macamana laki kau boleh kahwin dengan kau! Entah kau mandul! Buat malu! ”
Penampar Sulong
Satu penampar hinggap di pipi adik aku. Adik lelaki aku nombor empat yang tampar. Dia memang agak baran sedikit tapi bukan baran tak tentu pasal. Adik aku terus membisu sebab dia agak takut sikit dengan Abangnya itu. Aku? Hurmmm, langsung tak hormat.
Kalau boleh, dia kata dia taknak Abang macam aku. Puncanya sebab aku taknak bagi pinjam duit untuk dia beli kereta. Nak kereta baru dari showroom pulak tue. Aku sendiri pun pakai kereta Proton Preve yang secondhand.
Aku dulu just pakai motor Honda EX5 jer. Beberapa tahun kerja, baru beli kereta Perodua Kenari. Dah tiga tahun lepas baru beli Proton Preve secondhand.
Yang adik aku, tahu nak bergaya tapi tak padan dengan gaji. Nak hulur duit dekat Mak Abah pun setahun sekali pun payah.
Buat kerja rumah apatah lagi. Tue sebab dia obses main games Pubg. Baru nie, kami sekeluarga buat kenduri doa selamat dengan tahlil.
Time bacaan Yassin, adik aku takde. Fahamlah apa yang dia buat. Aku cakap dekat dia, “Jom baca Yassin sama sama dekat depan.
Bukan lama pun. Aku ajak elok jer tapi jawapan dia, “Kalau aku tak join, majlis batal ke?“. Dalam hati aku cuma mampu Istighfar. Aku malas nak gaduh. Jadi aku pun biarkan sajalah.
Sampaikan Maklang (Kakak Mak aku) tanya mana adik aku. Then dia bising adik aku tak join, asyik terperap dalam bilik jer. Kami tak mampu nak berkata apa dah. Macam macam cara dah guna. Tapi semua tak lut pada adik aku nie. Aku tak salahkan handphone atau games.
Tapi aku salahkan adik aku sebab tak mampu kawal nfsu gadget pada diri dia. Dan sebab dia over itulah membuat dia jadi orang yang kurang ajar. Bukan Mak Abah aku tak pandai didik. Bukan tak hantar ke sekolah agama masa sekolah rendah.
Kakak nombor dua aku dan adik aku nombor empat merupakan bekas pelajar sekolah menengah agama dari tingkatan satu hingga lima.
Aku just sekolah biasa dan Alhamdulillah, aku lepasan diploma IT.
Sekarang nie, kami macam acuh tak acuh saja dengan adik. Cakap apabila perlu saja. Dan mungkin dia perasan, jadi dia cakap semua orang dalam rumah taknak layan dia. Pulaukan dia. Aku cakap dengan dia,
“Sebelum nak salahkan orang lain, tengok diri sendiri dulu. Bagus tak kau layan Mak Abah dengan adik beradik kau. Kau sendiri pun cakap nak hidup sendiri, taknak orang masuk campur. Jadi kami pun tunaikan hasrat kau tue. Kau yang minta.“
Bila aku cakap gitu, dia just diam tapi air mukanya dalam keadaan marah.
Aku cuma doakan semoga dia berubah. Dia bukan jahat. Tapi sebab dia sendiri lalai. Terhanyut dalam dunia handphone sampai jadi kurang ajar. Nak ke kita anak anak jadi macam tue?
Relevan tak bagi tengok handphone seawal usia lima tahun ke bawah tanpa pantauan? Nak anak nangis sebab takde gadget ke nak kita menangis ada anak kurang ajar serta derhaka? Fikir fikirkanlah ya…
Reaksi Warganet
Matt Chivaree –
Memang kurang ajar sangat dah tu level bos bos ni biadap dia. Benda dah jadi barah sebab adik kau dah dibiasakan, mementang lah dia bongsu.
Kalau nak marah, nak pukul semua tu sepatutnya dari awal. Biar dia nangis masa mula tu, jangan parent yang menangis kemudian hari.
Apa kata korg adik beradik pulau dia sampai dia belajar sesuatu. Jangan tolong ape pun untuk niat nak mengajar. Sebab bagi aku biadap tahap maksimum dah tu kalau kau berani kuang ajar dengan parents sendiri.
Ann Fardan –
Punca adik kau jadi camtu sebab dari kecik bila dia buat salah, buat perangai, mak ayah kau tak ‘pijak’ kan awal awal.
Anak org lain pun dibagi phone. Siap PS5 game itu ini bagai. Tapi di kawal, dipantau. Bila biadab je kita jadi emak ayah tarik balik kemudahan yang kita bagi.
Game untuk isi masa lapang bukan sampai abaikan hak orang lain Dan hak sebagai pelajar.
Apabila mak ayah pilih kasih inilah punca ada anak anak yang biadab!! Makanya kita sekarang sebagai ibubapa kena saksama dengan anak anak.
Nak bagi semua bagi, nak bedal semua kena. Kita yang bagi diaorg makan kan?? Apsal kita nak takut dengan anak?!!
Hazren Nbj –
Halau je dia menyewa sendiri, baru dia tahu macam mana nak urus hidup sendiri. Bayar sewa, bil api, air, beli barang dapor sendiri.
Bila duduk dekat rumah mak ayah, semua tersedia… tu naik lemak. Bagus jugak korang buat perang saraf dingin tu.
Cakap bila perlu je, time makan jangan panggil dia, jangan tinggal pape makanan untuk adik ko tu. Bio dia cari makan sendiri, hadap hp main game pandai… eh aku yang over marah ni hahaha.
Sebab ger̷am sungguh dengan orang perangai macam ni, biadap dengan orang tua dan adik beradik.
Siti Sariff –
I ada dua orang anak lelaki, dua dua remaja. Kaki game juga. Tapi oleh sebab i cikgu kot, so i ambil berat tentang hal ini iaitu takkan biarkan anak anak tenggelam dalam dunia gaming ini.
Dalam hal mendidik anak anak ini, ibu bapa tak boleh putus asa. Mau tak mau kena hadapi juga, jika tidak membazirlah lahirkan anak anak. Dah la membazir, itu tandanya kita ni gagal.
Game anak anak i, bukan mudah untuk mereka dapat. Mereka perlu kumpul sendiri duit. Cara kumpul adalah sama ada duit sekolah atau apabila mereka buat kerja rumah, jadi i bagi ganjaran duit atas kerja mereka.
I selalu pesan, nak main game dan segala keperluan ni bukan akan wujud dengan sendiri. Kita kena belajar, kerja untuk dapatkannya.
Tentang kesopanan bahasa, memang kami dah tekankan daripada kecil, terutama suami. Cara percakapan suami memang lebih baik dan beradab berbanding i, jadi anak anak sudah biasa cakap elok elok.
Jika dengan kawan kawan, terdengar juga mereka mencarut tapi ditegur dengan tegas. Alhamdulillah, dah semakin besar mereka tahu mengawal pertuturan mereka.
Setakat ini anak anak belum pernah kurang ajar, sebab kami berkawan dengan mereka. Jadi mudah untuk faham masing masing. Kawan tu bukan maksud mereka boleh main kepala kita, tapi komunikasi dua hala.
Macam cliche kan, i selalu tulis tentang hal ini di komen, tapi itulah ibu bapa perlu bercakap, luang masa, buat aktiviti, libatkan anak anak dalam apa jua hal keluarga, bagi support, motivasi, ada dengan mereka.
Sayang jika generasi kita ni hanyut dengan dunia game. Hanyut ye, jika masih boleh dikawal atau diseimbangkan dengan kehidupan, ok lagi.
Haih, tak tahulah masa depan macam mana…
Sumber – Ahmad Zaki (Bukan nama sebenar) via IIUMC | ARtikel dipetik dari: edisimedia | mediaportal
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply