Viral Pemilik flat selera banglo berputih mata… Ini sebab kenapa MPAJ ambil tindakan roboh binaan haram

PEMILIK sebuah rumah flat berhadapan tindakan tegas apabila struktur tambahan yang dibina secara haram dirobohkan pihak berkuasa.

Menurut Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), pihaknya terpaksa merobohkan binaan haram yang dibina di Blok 4, Flat UTM, AU3/1, Ampang kerana bercanggah dengan Akta 133 dan Akta 757.

“Kesannya, MPAJ terpaksa memainkan peranan sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk merobohkan struktur tambahan haram yang nyata menggunakan ruang harta bersama yang bukan hak mutlak pemilik tapi adalah dikongsi secara bersama.

“Kediaman berstrata seperti flat, apartmen dan kondominium terikat dengan Akta 757 di mana lot petak hanya terhad kepada keluasan petak yang dibeli sahaja.

“Isu keselamatan penduduk sekitar juga perlu diambil kira sekiranya tambahan rumah itu kelak mengganggu kerja-kerja menyelamat oleh pihak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang malapetaka seperti kebakaran dan sebagainya,” ujar MPAJ menerusi satu kenyataan pada Selasa.

 

 

Menurut kenyataan itu lagi, penguatkuasaan di kediaman tersebut atas kesalahan membina struktur tambahan tanpa kebenaran telah dilaksanakan pada 25 Mei lalu.

Tindakan bersepadu ini melibatkan Jabatan Bangunan dan Senibina serta Jabatan Penguatkuasa MPAJ.

“Tindakan notis dan roboh serta-merta dilaksanakan berdasarkan Akta Jalan, Parit & Bangunan (Akta 133) berikutan tambahan struktur baharu di bahagian tepi dan belakang yang tidak dibenarkan bagi bangunan kediaman bertingkat.

“Sebarang penambahan struktur di luar petak pemilik adalah menjadi kesalahan,” ujar kenyataan itu lagi.

Terdahulu, foto-foto memaparkan operasi merobohkan struktur binaan haram tersebut tular di media sosial sehingga menjadi perbualan netizen.

 

Sumber : MStar

 

INI REAKSI UNCLE KENTANG MENGENAI ISU PENGUBAHSUAIAN RUMAH

 

Penduduk di sebuah pangsapuri Taman Dato Harun di sini mendedahkan bahawa pengubahsuaian rumah di kawasan terbabit telah lama berlaku.

Penduduk, Zulhatman Syafrizal, 43, berkata, penambahan rumah itu dilakukan berpuluh tahun yang lalu, namun menjadi isu selepas ia diviralkan baru-baru ini.

“Kalau ikut penambahan rumah, semua tempat ada tambah rumah. Ia sudah berpuluh tahun berlaku.

“Kalau sekarang dibangkitkan apa isunya? Nak bangkitkan (tambah rumah cuba) pusing satu taman ini, semua tambah rumah,” katanya ketika ditemui wartawan.

Sebelum ini, tular ubah suai rumah yang dilakukan di kawasan berkenaan mengundang pelbagai reaksi masyarakat di media sosial.

Uncle Kentang Cakap Jangan Dengki

“Permudahkan. JANGAN LAYAN SY4ITAN DAN IBLI.S…. KURANGKAN HAS4D DENGKI… INDAHKAN DAN NYAMANKAN KUBUR KAMU SENDIRI….

“Sekiranya ubah suai flat itu dah berpuluh tahun dan tidak menggangu keselamtan penghuni flat lain, kita denda aja lah.

“Logik nya.

“Kerajaan bina flet kecil. Yang beli ramai Melayu yang tak mampu beli rumah mewah atau rumah teres. Ramai India dan Cina pun sama juga tak mampu beli rumah teres.

“Flat 2 bilik 1 bilik air. Nak berak kencing kena ambil nombor. Flat lama lah ye. Tidur kena jaga aib. Anak makin membesar. Kalau ada perempuan ada lelaki kacau. Mak dan ayah malam Jumaat mula resah. Nak landing kat mana? Silap goyang sikit, anak pulak ternampak. Nak tak hendak buat reno sikit kasi besar lah rumah flet. Nak beli rumah teres masih tak mampu.

“Kita negara berlandaskan agama. Kita berkebajikan. Kalau ia menganggu keselamatan jiran, kita terpaksa ambil tindakan. Kalau tidak, tak perlu lah. Kita bagi chance. Ini perkara sudah lama dan sudah biasa.

“Tengok kg Dato Harun. Memang sedih apabila anak ramai. Orang tidur gelandangan lebih baik dari tidur dalam flet. Selesa tidur tepi jalan dari tidur dalam flet. Sempit. Ramai yang tidur di ruang tamu. Mengapa banyak Melayu cerai? Kerana nak berasmara mana ada tempat? Duduk dekat flet…. nak projek kena pastikan anak anak semua dah tidur… itu pun nak main kejap aja… cukup untuk pancut keluar… bukan boleh lama lama nanti anak tersedar kerana gempa bumi tengah malam malam…. dah tengah malam bini pun mengantuk ….. nak layan kita … jenuh…. bini tak puas… lama lama pun ada konflik… ANAK NAK BERAK

“PUN KENA BUDGET MASA … KENA CATU… BERAK CATU… KERANA ADIK ADIK NAK PAKAI TANDAS… LAMA LAMA KENA KANSER USUS PERUT KERANA BERAK TAK PUAS…. TAK KELUAR HABIS…

“Tak caya tanya lah makcik Kiah… berapa lama tak projek dah… nak cium pipi pun tak berani… pasal anak anak dah besar.. dah faham…

“Sedih lah… kalau kerajaan nak bantu rakyat… buat lah flet yang mampu di beli… dan bubuh lah 4 bilik dan 2 bilik air… Jamban mesti ada 2…. kalau anak ada 5 orang… mampueh…. bangun pagi semua senak perut…. dah jadi macam perang… cakap kita ada agama… kita ada otak…. tetapi kita jarang boleh fikir rasional…

“Yang dengki selalu… buat komplen sana sini dekat majlis bila jiran reno sikit… pasal apa… pasal dengki… agama di lupakan dan di pinggirkan… hasad dengki membuak terus dial pakai handphone maklum ada reno…. ini lah manusia yang dengki… yang tak sudah lupa agama….. yang sikit sikit dengki… bila jiran beli motosikal canggih sikit dah mulut laju fitnah… kalau beli kereta lebih cantik… dan mula cemburu…. langsir baru pun jadi bualan mulut….

“Kubur di lupakan…. memenuhi nafsu dunia… yang bekerja majlis pun satu… kalau ada aduan terus serbu dan buat tindakan…. cuba lah pikir pakai otak… aduan itu berpunca dari apa… hasad dengki… cemburu… iri hati… majlis penguatkuasa mesti ada agama kan… mesti ada otak dan pertimbangan kan… tak kan lah kita nak niayai orang yang hidup dalam kesempitan… malah Tuhan memesan kalau babi dalam kesakitan dan kesempitan adalah wajib dan harus kita menolong babi itu…. apatah lagi ia manusia…. bukan semua orang hidup senang… itu duit reno pun dah kumpul bertahun tahun… save sikit sini save sikit sana … entah entah pinjam dengan ah long… entah pinjam dengan sanak saudara…….

“Wahai manusia…. biarlah kita memudahlkan dari kita menghukum…. kerana Tuhan Pesan… “tatkala kau memudahkan orang lain akan aku mudahkan kamu”….. kita mudah lupa dan lalai bila kita ada power di tangan kita… Kita tak malu dengan Tuhan ke…. ????? Atau kita hanya malu pada manusia…..sahaja…. renung renung lah para sahabat ku…. kubur mu sedang memerhati mu…. merenung tajam pada mu… melambai pada mu…. memanggil mu……. sedar lah… insaf lah cepat… sebelum terlambat…

“Bagi mereka yang banyak complaint dan banyak hasad dengki… penuhkan tubuh mu ….. dengan ilmu… dengan segala kebaikan … jangan layan iblis dan syaitan yang gelak kesukaaan tatkala kau lalai dalam melayan nafsu dengki mu…..

“Ulasan pagi ini bertujuan agar kita sama sama insaf dalam hidup yang sementara ini…

“Uncle Kentang… 31/5/2022…. Lain kali kerajaan negeri nak buat flet mampu milik… ingat sekurang kurang nya 3 bilik dan 2 bilik air siap dengan mangkuk tandas… duduk kerana apabila usia meningkat tak boleh cangkung dah…….. pasti kubur mu akan indah dan nyaman……… jangan berkomplot dan rasuah dengan developer dan cincai buat…. nanti kubur mu berasap dan kau akan mengeliat sentiasa dalam kubur mu….. developer pun sama…. saya tabik pada Hillcrest Development… buat flet murah kualiti tinggi, parking berlambak… ada buat flet murah parking tak ada….bodoh dan banggang….. sial dan berdosa sungguh…. nanti

kubur mu akan terbakar sendiri nya ,jangan menyesal bila dah mati….

Salam dari Uncle Kentang.

Menurut Uncle Kentang lagi, dia terpanggil untuk komen isu tersebut kerana beberapa sebab

“saya nak komen ini atas 2 sebab.

“1) Sebab pembinaan dah di katakan sudah lama. Maksud nya PBT dah tahu lama dan tiada orang dengki.

“2) Supaya kerajaan buka mata dan jangan buat flet mampu beli komplot dengan developer dan buat cincai.

“3) Supaya nasib orang susah terbela.

Uncle Kentang merupakan seorang aktivis serta sukarelawan kemanusiaan Malaysia. Beliau terkenal kerana bergiat aktif dalam pelbagai misi bantuan kepada orang yang memerlukan di seluruh Malaysia. Beliau mempunyai sebuah organisasi bukan keuntungan, Community Policing Malaysia yang bertindak sebagai medium utama misi bantuannya

Reaksi MBPJ

Sementara itu, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memaklumkan, pihaknya memandang serius terhadap kerja ubahsuai kediaman.

Katanya, MBPJ juga tidak teragak agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemilik rumah yang melakukan pengubahsuaian tanpa mendapat kelulusan.

“Pada masa sama binaan tambahan dan struktur binaan yang dibina boleh dirobohkan kerana tiada kelulusan.

“Tindakan mengubah suai rumah tanpa kelulusan bakal mendatangkan pelbagai risiko yang tidak diingini sekali gus mengganggu ketenteraman awam dan akan menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk setempat,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, berdasarkan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) dan Akta 133 (Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974) sebarang kerja pembinaan untuk mengubah suai dan membuat binaan tambahan kepada struktur bangunan yang sedia ada perlu mendapatkan kelulusan secara bertulis daripada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu.

Tambahnya, jika gagal mematuhinya, tindakan perundangan akan diambil sehingga perobohan dijalankan.

Sumber : http://trendingsangat.pw/

 

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*