Dr Amalina bakal timang cahaya mata… Alami muntah-muntah Setelah Setahun Berumahtangga

SETAHUN mendirikan rumah tangga, doktor kelahiran Malaysia yang kini berkhidmat di London, United Kingdom (UK) Dr Amalina Che Bakri mengesahkan dia kini sedang berbadan dua.

Berita gembira itu diumumkannya menerusi satu perkongsian di Instagram, pada Sabtu.

Bersama perkongsian tersebut, Dr Amalina memuat naik sekeping gambar terkininya, memperlihatkan ‘baby bump’ yang jelas kelihatan.

“Saya mengambil sedikit masa untuk berkongsi perkara ini dengan anda semua. Walaupun media sosial ialah platform yang bagus untuk berkongsi mengenai pendidikan dan pengalaman positif, ia juga boleh menjadi tempat yang sukar dan dihakimi orang lain,” tulisnya.

Doktor jelita berusia 35 tahun ini juga turut berkongsi pengalamannya sepanjang tempoh hamil di mana beliau mengalami sedikit kesukaran pada trimester pertama.

“Bekerja berjam-jam ketika ‘on call’ dan pada masa yang sama mengikuti pengajian PhD, ia boleh menjadi sukar dan meletihkan.

amalina 2

Dr Amalina bersyukur kerana suami dan ibunya banyak membantu sepanjang mengharungi cabaran ketika proses kehamilan.

“Saya melalui trimester pertama yang sukar sehingga awal trimester kedua terutamanya dengan ‘morning sickness’ dan muntah sehingga saya kehilangan berat badan. Keletihan juga memainkan faktor.

“Perkara-perkara yang dulu boleh saya lakukan tiba-tiba menjadi satu tugas yang sukar,” kongsinya.

Tambahnya, sungguhpun ada kajian menunjukkan individu yang bergelar doktor bedah cenderung berdepan dengan kesukaran sewaktu mengandung dan melahirkan anak sehingga ramai yang menangguhkan rancangan untuk hamil, namun dia berharap dapat melaluinya dengan mudah serta lancar.

“Alhamdulillah, keadaan semakin baik sekarang dan saya sangat menikmati perjalanan ini ketika mana bayi sudah mula menendang dari dalam rahim.”

DR AMALINA CHE BAKRI

Doktor ini juga meluahkan rasa syukur kerana suami dan ibunya turut membantu daripada segi penjagaan dan sokongan sepanjang tempoh kehamilan.

“Saya sangat bertuah kerana mempunyai suami yang sangat menyokong untuk melalui perjalanan ini bersama-sama dengan saya. Ya, dia sangat teruja! Dia akan membaca semua buku bayi yang disyorkan!

amalina 4

Dr Amalina melangsungkan pernikahan dengan jejaka Inggeris, Alexander Charles pada 31 Mac tahun lalu.

“Ibu juga memastikan saya makan dengan cukup, dan dia membekukan banyak makanan Malaysia yang sedap di dalam peti sejuk sebelum terbang pulang ke Malaysia!

“Alhamdulillah, keadaan semakin baik sekarang dan saya sangat menikmati perjalanan ini ketika mana bayi sudah mula menendang dari dalam rahim,” tulisnya lagi sambil menambah teruja untuk terus berkongsi pengalaman kehamilan di media sosial.

Untuk rekod, Dr Amalina melangsungkan pernikahan dengan jejaka Inggeris, Alexander Charles, pada 31 Mac tahun lalu, di London Central Mosque.

 

Sumber : MStar

 

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*