Terkini ! Pemain Kelantan United Direhatkan Kerana Disyaki Rog0l Remaja

SUSULAN terpalit dengan kes rogol membabitkan seorang gadis pada Mei lalu, seorang pemain bola sepak liga tempatan direhatkan daripada menyertai sesi latihan pasukan dan perlawanan Liga Premier.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kelantan United FC, Wan Mohd Zul Ikman Wan Abdul Aziz, pasukan itu turut mengesahkan isu rogol terbabit bersabit dengan pemain mereka dan memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut mengikut undang-undang.

“Pihak pengurusan pasukan berpendirian tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perlakuan tidak bermoral oleh mana-mana pihak dalam pasukan ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada akhbar pada Isnin.

Mengulas lanjut, pihaknya juga akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang dan terma yang dipersetujui dalam kontrak sekiranya pemain tersebut dibuktikan bersalah.

“Buat masa ini, pemain tersebut direhatkan dahulu daripada menyertai sesi latihan pasukan dan perlawanan Liga Premier sehingga tempoh dimaklumkan kelak,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan seorang pemain bola sepak liga tempatan bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan berusia 18 tahun.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun pada Selasa lalu berkata, suspek yang berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di Kota Bharu, pada 29 Mei.

Tangkapan dilakukan selepas polis menerima laporan yang dibuat oleh mangsa. – SINAR HARIAN

 

 

Artikel Berkaitan

Disyaki r0gol remaja, pemain bola sepak ditahan

 

SEORANG pemain bola sepak liga tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes ro0ol membabitkan seorang remaja perempuan, Ahad lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun pada Selasa.

Muhamad Zaki berkata, suspek yang merupakan lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di Kota Bharu, Ahad malam.

Tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan yang dibuat oleh mangsa berusia 18 tahun.

“Dalam laporan yang dibuat, mangsa yang juga seorang jurujual kain dan tudung berada di rumahnya di Kampung Kijang, Jalan PCB, keluar dari bilik untuk membuang sampah pada pukul 12.30 tengah hari Ahad lalu.

“Mangsa mendakwa didatangi suspek yang tiba-tiba menolaknya dari belakang sebelum mengheretnya ke katil dalam bilik tidur.

“Mangsa cuba melawan dan menjerit namun tiada ahli keluarga di rumah ketika kejadian dan remaja perempuan itu mendakwa dia dir0gol tanpa kerelaan,” katanya pada Selasa.

Muhamad Zaki berkata, mangsa sudah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan hasil pemeriksaan mengesahkan terdapat satu kesan koyakan baharu.

Menurut beliau, suspek direman empat hari bermula Isnin hingga Khamis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

 

Sumber  : MStar

 

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*