
Tular di media sosial baru-baru ini pekerja salun dandanan rambut, AJ Hair Studio, yang menawarkan perkhidmatan dari pekerjanya berpakaian seksi sehingga menampakkan lurah yang tidak sepatutnya, mengundang pelbagai reaksi netizen terutamanya golongan lelaki.
Berdasarkan gambar yang tular, dua pekerja wanita dilihat hanya memakai pakaian dalam dan seluar pendek ketika sedang mengunting rambut pelanggan. Penampilan yang agak seksi itu menyebabkan ramai lelaki menyatakan hasrat untuk mendapatkan perkhidmatan di salun tersebut.
Tetapi, ada juga yang tampil membantah dan mengecam strategi marketing yang digunakan oleh pemilik salun, selain meminta pihak berkuasa tampil mengambil tindakan segera terhadap premis itu bagi mencegah perkara yang tidak diingini berlaku.
“Dah tak segan lagi dah, Malaysia negara Islam, mohon pihak berwajib ambil tindakan sebelum Allah turunkan bala,” kata Tengku Syahir.
“Elok kalau ada kedai macam ni, minta pihak berkuasa bakar je terus! Takde kompromi,” kata Rina Rosdi.
“Bangang! Harap pihak berwajib pantau kedai ini dan ambil tindakan segera. Ini bukan negara Thailand ye saudara,” kata Son Go Han.
Sementara itu pemilik salun telah tampil membuat laporan polis ekoran gambar-gambar tersebut tular di media sosial dan memberi penjelasan mengenai apa sebenarnya yang berlaku.
“Dalam gambar tersebut terdapat beberapa gambar perempuan berpakaian seksi sedang mencuci rambut. Untuk makluman, gambar tersebut telah diambil semasa hari pembukaan kedai untuk promosi, bukan untuk kedai urut.
“Kedai kami hanyalah studio dandan rambut yang normal.
Jangan ambil gambar model saya dan sebarkan ke group lain lagi, termasuk menyunting kapsyen kononnya kedai kami menawarkan perkhidmatan ‘istimewa’.
“Model berkenaan hanya ditampilnya semasa hari pembukaan kedai. Jangan fikir perkara yang bukan-bukan,” katanya.
AJ Hair Studio turut memaklumkan pihaknya akan membuat siaran langsung bagi menjelaskan segalanya secara terperinci mengenai apa yang berlaku pada jam 9 malam ini di Facebook rasmi mereka.
Menjenguk di ruangan komen, orang ramai yang mengikuti isu ini menyatakan rasa kesal atas strategi yang digunakan oleh pemilik.

Di samping itu, masih yang bergurau dan menyatakan rasa kecewa kerana tidak berkesempatan untuk mengunjungi kedai tersebut.

Premis dis3rbu polis
Ekoran penularan gambar yang tidak senonoh itu, pihak polis terus menyerbu premis tersebut bagi menjalankan siasatan, semalam.
Bukan tawarkan perkhidmatan ‘urut istimewa’
Tidak tahan premis dituduh menawarkan servis urutan ‘batin’ oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab, mereka terus membuat laporan polis pada hari yang sama.
Jelas mereka, premis tersebut bukanlah untuk mempromosikan kedai urut dan meminta orang ramai menghentikan fitnah.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet berasa kagum kerana pihak berkuasa berjaya membanteras hal yang terjadi dengan pantas.
Sumber : two.e-kesah
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply