[Video] Aksi hero selamatkan gadis tersangkut flying fox macam ‘Doctor Strange’ curi tumpuan… Tapi lelaki kat belakang pulak ramai yang simpati…

KETIKA ini sudah banyak taman tema atau lokasi outdoor yang boleh dikunjungi para peminat aktiviti lasak.

Bagi mereka yang sememangnya gemarkan cabaran atau adrenaline rush, aktiviti seperti flying fox sudah semestinya bukanlah satu masalah.

Namun bagi yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti lasak, sedikit sebanyak ia mendatangkan rasa gementar lebih-lebih lagi jika individu tersebut mempunyai fobia kepada ketinggian (akrofobia).

Bayangkan tubuh badan tergantung tinggi dari tanah dan dalam masa yang sama perlu ‘terbang’ pada jarak tertentu, pastinya ia bukan aktiviti yang mudah buat golongan ini.

Begitulah situasi yang dilalui oleh seorang gadis ketika melakukan aktiviti flying fox di taman tema terkenal di Pulau Pinang, Escape Penang, baru-baru ini.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

 

Apa yang lebih mencemaskan, gadis tersebut dengan tidak semena-mena ‘tersangkut’ di pertengahan trail lantas menyebabkan dia tergantung di udara.

Mujurlah seorang kru taman tema tersebut segera menghulurkan bantuan dan menarik gadis tersebut dengan dengan penuh bergaya.

 

ff 3

Tangkap layar video yang turut memaparkan aksi seorang lelaki sedang ‘struggle’ meniti jambatan gantung.

 

Video yang dirakam oleh seorang pengunjung ketika kru lelaki itu menyelamatkan gadis berkenaan membuatkan rata-rata netizen kagum dengan ketangkasan dan kecekapannya mengendalikan situasi sedemikian.

“Lelaki akan kelihatan super duper handsome apabila perangainya ‘handsome’. Adore you!

Style cara dia tarik benda tu lepastu pergi ke belakang.

Part dia tarik macam Doctor Strange tengah terbang… style,” komen netizen.

 

“Tak… masalahnya siapa nak tolong abang dekat belakang tu? Nampak struggle sangat.”

NETIZEN

 

Namun dalam masa yang sama, kelibat seorang lelaki yang sedang struggle berjalan di atas jambatan gantung berjaring berhampiran trail flying fox itu turut menarik perhatian netizen.

Malah perkongsian tersebut ‘meriah’ dengan komen-komen lucu netizen mengenai situasi yang dilalui oleh lelaki berkenaan.

“Tak… masalahnya siapa nak tolong abang dekat belakang tu? Nampak struggle sangat.

 

ff 2

Antara komen netizen yang teruja dengan aksi kru berkenaan.

 

“Lelaki di belakang masih berjuang untuk hidup.

“Aku perhati je abang dekat belakang tu… kesian pula,” komen netizen.

Sehingga kini video yang dimuat naik oleh @nanidephuc di aplikasi TikTok meraih sehingga melebihi 749,000 jumlah tontonan.

 

Sumber : MStar

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*