Ngeri Dengar Peniaga Restoran Popular Melaka M4ki Pelanggan. ‘makcik puaka’ siap hin4 gara-gara pesan lauk ini…..

DATANG secara baik, tapi dibalas dengan kata-kata cacian dan makian.

Begitulah nasib malang yang menimpa sekumpulan pelanggan apabila mendakwa diberi layanan buruk ketika berada di sebuah restoran popular di Melaka.

Menerusi perkongsian yang kini tular di media sosial, seorang pelanggan wanita kesal berhadapan dengan sikap biadab seorang makcik yang dipercayai pemilik restoran itu.

Pengguna Facebook Sisyana Lashes berkata, dia membawa keluarganya dari Singapura untuk menikmati hidangan di restoran berkenaan pada pukul 2 petang baru-baru ini, sambil bertanyakan mengenai makanan yang masih disediakan.

“Aku tanya lauk ni je yang tinggal kak? Akak tu jawab ‘ha ye’, sebab ada ikan pari aku terus order semua suruh hidang maknanya ada lauk lagi kan.

“Kalau habis kau cakap la habis, makcik puaka menyampuk kata ‘kau datang dah pukul berapa kalau ada gajah, gajah pun habis’,” tulisnya di Facebook.

restoran biadab 6 B

Tangkap layar video seorang wanita merakam kekecohan yang berlaku di sebuah restoran.

Namun kerana terlalu lapar, wanita berkenaan mengabaikan kata-kata kurang enak itu dan membuat pesanan beberapa jenis lauk untuk keluarganya.

Tidak terhenti di situ, peniaga berkenaan dikatakan terus membebel tanpa henti sepanjang mereka sekeluarga menikmati makanan di bahagian hadapan restoran.

“Tengah santai menghayati lauk-lauk kat depan mata aku tu, masalahnya radio aku tak dengar yang aku dengar makcik tu bebel dengan gigi sebatangnya dia bebel ‘mengatus tak habis-habis’ macam punca hal ni tadi dari famili aku.

“Aku pelik apa masalah makcik ni, apa salah famili aku ni? Tengah makan pelik memikirkan apa puakanya mulut makcik ni membebelkan pasal famili aku ni.

“Apa yang tak sudah-sudah lagi ni. Aku ni dah duduk makan dah ni. Macam panas betul hati makcik tu dengan kami! Tak suka halau je, ni bebel-bebel macam orang bodoh!” katanya.

restoran biadab 4 B

Sekumpulan pelanggan memesan beberapa jenis lauk termasuk telur dadar.

Apa yang lebih dikesalkannya apabila ibunya turut terpalit sama apabila didakwa dimaki oleh makcik berkenaan.

“Nasiblah aku ni pandang muka mak aku, pak long mak long aku dari Singapura tu. Kalau tak, aduhai malas cakap, lagipun orang tua aku ni malas layan.

“Tapi apabila kau orang dengar video tu memekik-memekik, apa yang kau orang rasa?

“Apabila mak aku bersuara, anak dia pula menyampuk makikan mak aku. Betul lah orang kata macam mana mak, macam tu lah anak,” katanya.

restoran biadab 2 B

Pelanggan wanita membawa keluarganya dari Singapura menikmati hidangan.

Dalam pada itu menurut Sisyana lagi, dia turut terkejut apabila bil makanan mereka sekeluarga dikenakan caj sebanyak RM240, namun tetap membayarnya.

“Aku rasa bebel radio buruk makcik tu kot sekali kena cas sampai RM240 tu. Kalau betul dia kira… halalkan. Kalau main tikam, dunia akhirat aku tak halalkan. Pandai-pandai lah jawab kat sana nanti.

“Selama aku hidup macam mana mak aku pun cakap pertama kali jumpa orang berniaga macam ni. Mulut-mulut puaka pun sampai hari ni customer dia ramai tau,” katanya lagi.

“Tak salah pun kena halau kena maki! Ni manusia ke apa?”

PELANGGAN

Jelas Sisyana, apa yang paling dikesalkannya apabila ‘makcik puaka’ berkenaan menghinanya gara-gara memesan hidangan telur dadar.

“Ada ke patut makcik tu kata ‘tak ada hasil la tu makan telur dadar je, takde duit jangan bawa mak bapa makan’. Aduh macam kena toreh-toreh hati aku ni.

“Hidup kau lagi sedih makcik hanya mampu dok pelusuk dapur jadi radio buruk daripada anak-anak bawa kau pergi makan!” katanya.

restoran biadab 7 B

Antara lauk yang dipesan pelanggan terbabit.

Menurut wanita itu lagi, sehingga bayaran dibuat dan beredar dari restoran tersebut, tiada permohonan maaf di atas keterlanjuran kata-kata makcik berkenaan.

“Kalau betul tak bagi kami makan kat sini dengan secara warasnya sebagai manusia cakap dengan baik… ‘maaf dik dah tutup atau kami tak terima pelanggan lagi maaf’.

“Daripada aku masuk sampailah dah bayar dan balik, perkataan maaf langsung tak ada. Sebelum ni dengar viral pasal makcik tu punya mulut, tapi tak kena kat muka kita memang kita okay je, dah kena baru tahu.

“Tak salah pun kena halau kena maki! Ni manusia ke apa?” katanya menerusi posting di laman Facebook Sisyana Lashes yang kini dikongsi lebih 4,800 kali.

Pada September 2020, restoran yang sama di Bandar Hilir, Melaka pernah menjadi perhatian gara-gara seorang usahawan wanita yang juga influencer didakwa dihalau ketika membuat reviu produk di premis itu.

Menerusi video yang tular, kedengaran beberapa suara yang melarang influencer tersebut mempromosikan produk kecantikan mereka di restoran mereka, sehingga memaksa wanita itu bertindak meninggalkan premis tersebut.

 

Posting di laman facebook Sisyana Lashes

 

Sebelum ni aku suka makan kat sini, hari ni aku teringin nak bawa family aku dari singapore makan kat sini. Sedih tau, kita datang nak antau duit kat org tp layanan yg mcmmana mereka balas ni? 😢 Fmly aku dtg pkl 2petang, dtg tengok lauk kat cermin normal la customer. And tanye lauk ni je yg tinggal kak? Akk kat cermin tu jawab ha ye, sbb ada ikan pari aku terus order semua suruh hidang maknanya ada le lauk lagikn. Kalau hbis kau ckp le hbis, makcik puaka menyampuk “kau dtg dh pkl berapa kalau ada gajah, gajah pun habis” Aku ni jiran atau anak-anak buah kau ke kau sound cmtu tapi aku ni fikir org tua hidup pun dah tak lama malas layan masih lagi order and terus makan, sbb aku dh lapau nau.
Kalau betul tak bagi kami makan kat sini dengan secara warasnya sebagai manusia ckp dengan baik maaf dik dh tutup atau kami tak terima pelangan lagi maaf. Dari aku masuk sampailah dah byr n balik perkataan MAAF langsung takda. Sebelum ni dengar viral pasal makcik tu punya mulut tak kene kat muka kita mmg kita ok je, dah kene baru tahu. Sakit sial! Tak salah pun kene halau kene maki ke siak!! Ni manusia ke apa?

Dah order tengah santai menghayati lauk-lauk kat depan mata aku tu, masalahnya radio aku tak dengar yg aku dengar makcik tu bebel dengan gigi sebatangnya dia bebel “mengatuss tak habis-habis” mcm punca hal ni tadi dari fmly aku. Aku pelik le apa masalah makcik ni ek apa salah fmly aku ni. Tgh makan pelik memikirkan apa sial le puakanya mulut makcik ni membebelkn psl fmly aku ni. Apa yg tak sudah2 lagi ni. Aku ni dh duduk makan dh ni. Mcm panas nau hati makcik tu dgn kami! Tak suke halau je tak ni bebel-bebel mcm org bodoh!

Nasiblah aku ni pandang muka mak aku, paklong maklong aku dari singapore tu. Kalau tak aduhai malas cakap ah, lgpun org tua aku ni malas layan tapi bila apa yg korang dengar video tu memekik2 korang rasa? Bila mak aku bersuara anak dia pulak menyampuk makikan mak aku. Betul le org kata mcmmana mak mcm tu le anak 🤷‍♀️

Dengan apa yg kami makan bil RM240 tanpa tanya-tanya aku bayar jela. Aku rasa bebel radio buruk makcik tu kot sekali kene cas sampai RM240 tu. Kalau betul dia kira halalkan kalau main tikam dunia akhirat aku tak halalkan ☺️ pandai-pandai le jawab kat sana nanti hehe. Selama aku hidup mcmmana mak aku pun cakap pertama kali jumpa org berniaga mcmni. Mulut2 puaka pun sampai hari ni customer dia ramai tau. Tak kesahlah sbb yg datang tu pun semua org luar. Tapi rezeki yg mcmmana kau dpt tu makcik! Berkat sangatlah tu kalau dah mulut mcm lanun ☠️ tu!

Ada ke patut makcik tu kata “takda hasil le tu makan telur dadar je, takde duit jangan bawak mak bapak makan” aduhhh mcm kene toreh-toreh hati aku ni. Hidup kau lagi sedih makcik hanya mampu duk pelusuk dapur jadi radio buruk dari anak-anak bawak kau pergi makan! Yg anak-anak kau tu pun dah boleh tutup kedai bercuti makan angin kalau dah rasa penat nau berniaga tu! Jangan berniaga hari-hari cari rezeki tapi pakej dapat dosa sekali.

Malu sial org luar tengok dan dengar sendiri org melaka berniaga nak bagi org makan dengan cara mcm ni. Walaupun org luar tu dari SINGAPORE sedara-mara aku aku tetap rasa MALU!!!
JUMPA ORG MELAKA PALING BIADAP MCM KAT RESTORAN NI !!!!

 

Sumber : MStar / Sisyana Lashes

 

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*