
Berat mata memandang tapi lagi berat bahu yang memikul.
Tidak dapat dibayangkan perasaan gadis ini apabila bergelar anak yatim piatu seawal umur setahun tiga bulan. Kira-kira 25 tahun lalu, mereka sekeluarga terlibat dalam kemlangan jalan raya sehingga meragut nyawa ibu, ayah dan adik.
Apa yang paling memilukan apabila arwh ayah bertindak mencampaknya keluar daripada kereta sebelum dihentam sebuah lori dari belakang.
Wanita ini berkongsi semula kejadian yang meragut nyawa ahli keluarganya dah luahan bapa saudaranya yang mengundang sebak ramai.
Papa campak keluar
“1994 September 1st. It resembles my story. Accident, papa langgar kerbau. And minutes before ada trailer crash belakang kereta, papa campak aku keluar tepi jalan. Just like this. Mama, papa & adik was still in the car. It was a total loss. I was 1yr 3months old. al-Fatihah. ” – Perkongsian Zainab yang tular
Trgedi hitam yang berlaku pada 1 September 1994 ini dikongsikan semula bapa saudara, Mohd Iqbal Mohd Noor di laman Facebook pada tahun lepas. Bapa saudara membesarkan Zainab Zahra dengan penuh kasih sayang meskipun kedua-dua ibu bapanya sudah mennggal dunia.
Besarkan anak saudara dengan kasih sayang
Tgh malam ini dan menjelang dini hari 1 September, mengimbau kenangan silam trgedi hitam dlm keluarga kami. Abg sulung saya bersama isteri dan seorang anak mereka terbnuh dalam satu nahas lebuhraya pada tahun 1994 di KM 211 Lebuhraya PLUS arah selatan.
24 tahun telah berlalu. Salah seorang anak arwh abg saya Zainab Zahra Mohd Amin adalah satu-satunya legasi zuriat abg saya. Anak yg pd ketika itu berusia 1 thn 3 bulan, tercampak keluar dari kereta yg dipandu arwah abang saya dan hidup dgn sedikit luka ringan.
Alhamdulillah Zainab dibesarkan arwh ibu saya utk beberapa tahun yg agak lama. Kami adik beradik tetap menyumbang keringat kasih sayang utk Zainab. Tidak sedikitpun keperluan Zainab terabai dlm kami membesarkannya bersama Arwh Mak.
Mak pula mennggal pd thn 2007 (ketika Zainab berusia 14 thn), Pak Tok yg selalu mengajar Zainab dgn ilmu agama, mengaji dsb pula mennggal pada Dis 2009 (ketika Zainab berusia 16 thn). Zainab menyambung tumpangan kasih sayang dengan Maksu (Adik bongsu saya yg memang tinggal dgn arwh mak dan bapa saya).
Dan kami terus berperanan memberi sokongan berterusan utk Zainab. Tak kira wang ringgit, kasih sayang, didikan, nasihat, tanggungjawab, amanah. Dalam membesarkan dia.
Tak pernah saya melihat ada ketandusan kasih sayang dan kesukaran buat Zainab utk menagih cinta hati kami buat dia. Allah hantar adik ipar saya Mohd Baharuddin (suami kpd Maksu Zainab) yg begitu penyayang dan bertanggungjawab.
Andai arwh abang dan kakak masih hidup
Zainab ditatang bagai anak kandungnya. Banyak wang ringgit, kasih sayang yg ditumpahkan Bahar buat Zainab Zahra dgn penuh keikhlasan.. Kini Zainab berusia 25 thn. Tahun ini(2018) kami sempurnakan sebahagian besar tanggungjawab kami.
13 Julai 2018 – Zainab telah diijabkabul dgn jejaka pilihan hatinya Nik Asyraf. Andai arwh abg dan arwh kakak ipar saya masih hidup, mereka pasti gembira merestui pasangan mempelai ini. Begitu juga dgn Mak dan Pak Tok Zainab..
Tidak ada apa lagi yanh kami harapkan, melainkan limpah rahmat Allah buat Zainab. Moga hidup bahagia berumahtangga dalam nikmat iman dan amal dan sentiasa dlm lindungan hidayah Allah. Taat pd Allah…pd Rasul,pada suami, jaga hati mertua. They are you mom and dad now….
Uncle Bal akan sentiasa doakan yg terbaik. Uncle Bal halalkan semua yangg kami beri untuk membesarkan Zainab. You are my ‘daughter’. I am still willing to hear your good and sorrow story. Willing to lend my ears. Moga Allah berkati mu sayang.
Antara komen warganet selepas membaca perkongsian ini.
Rosma Emma –Sayang hingga ke akhirnya. Kasih seorang ayah, demi menyelamatkan nyawa anak…hurmmm
Norsharafini –Sedihnya. Besarnya ganjaran pahala buat tt sekeluarga…
Anis Ismail –Pahala besar utk mereka yg membela anak yatim piatu ini sebagai amanah Allah dgn sebaik-baiknya.
In Sha Allah
Sumber : Zainab Zahra , Mohd Iqbal Mohd Noor via OhBulan
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply