Warganet bengang sikap penduduk flat – “Dia perasan duduk condo ke?” Guna tong sampah & motor cop parkir

Sejak akhir-akhir ini, pelbagai gerak geri penduduk di kawasan perumahan flat sentiasa menjadi perhatian ramai. Bermula dengan ubah suai struktur binaan malah sekarang ini pula kegiatan cop parkir yang menggunakan pelbagai jenis barang sebagai penanda.

 

Guna tong sampah, motor untuk cop parkir

Susulan itu, beberapa rakaman video telah tular di laman Facebook yang memaparkan beberapa kegiatan penduduk kawasan perumahan flat yang bertindak melakukan cop parkir menggunakan tong sampah di kawasan parkir yang dikatakan ‘milik’ mereka.

Dalam video yang dimuat naik di laman Facebook ‘B40 Buat Perangai Apa Harini memaparkan seorang wanita menarik tong sampah dan meletakkan dalam kotak parkir selepas mengeluarkan keretanya meskipun tempat tersebut adalah kawasan terbuka.

Menerusi video lain pula, dapat dilihat seorang lelaki mengambil masa lebih satu minit untuk ‘adjust’ motosikalnya di dalam satu petak parkir sebagai tanda miliknya.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*