
KUALA LUMPUR: Pelakon komedi Hamid Gurkha, 90, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain, pada jam 2.19 petang ini.
Arwah dimasukkan ke hospital enam hari lalu, namun keluarganya menafikan arwah dalam keadaan tenat sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Sebelum ini, Hamid dilaporkan hanya terlantar atas katil selepas dijangkiti COVID-19 pada Februari lalu.
Bintang yang dikenali menerusi komedi, Panglima Badol yang diterbitkan pada 1978, dilaporkan tidak pernah menghidap penyakit kronik, sebaliknya hanya masalah pendengaran disebabkan keadaannya yang semakin uzur pada usia menginjak 90 tahun.
Beliau juga pernah membintangi filem Gila-gila, Sikit Punya Gila, Ragam Pemandu dan Zombie Kampung Pisang.
Berita tentang kematioan Hamid Gurkha telah disah kan oleh anaknya Fendy hamid dan jenazah sedang di uruskan oleh pihak hospital dan kami merancang untuk process pengkebumian petang ini katanya lagi.
Hamid mendirikan rumah tangga pdengan Timah Abdul Hamid, 80 pada April 1957 dan dikurniakan lapan cahaya mata.
Beliau juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit.
Artikel Berkaitan
Anak nafi Hamid Gurkha masuk ICU, tapi masih dalam pemantauan doktor akibat batuk teruk
MENGALAMI batuk berkahak sejak malam Rabu, pelawak legenda Hamid Gurkha dimasukkan ke wad biasa di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Kuala Lumpur pada pagi Khamis.
Menurut anak lelaki Hamid dikenali Fendy, bapanya yang kini menerima rawatan di wad pemantau mengalami kesukaran untuk bernafas disebabkan batuk namun bersyukur keadaan beransur pulih.
Fendy turut menafikan kenyataan pelakon terkenal Fauziah Ahmad Daud atau Ogy yang mengatakan pelawak berusia 90 tahun itu tenat sehingga dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).
“Masa saya sampai di hospital, ayah sudah berada di wad pemantau.”
FENDY
ANAK HAMID GURKHA
“Buat masa ini, dia susah sikit nak bernafas sebab alami batuk yang tidak henti dan kahak tebal sangat. Sekitar pukul 6 pagi tadi, anak-anak bawa dia pergi hospital.
“Masa saya sampai di hospital, ayah sudah berada di wad pemantau. Itu saja keadaannya sekarang. Saya tahu tadi petang kak Ogy ada muat naik status kata pak Hamid di ICU.
“Alhamdulillah, ayah baik saja… dia dah makan dan tidur. Yang masuk ICU itu mungkin salah faham saja. Agaknya mereka pun tak pasti,” katanya ketika dihubungi mStar.
Hamid bersama isterinya, Timah.
Pada 11 Mei lalu, BH Online melaporkan perkembangan terkini Hamid atau Pak Hamid masih kuat dan mampu berdikari malah menjadi sumber kekuatan isteri dan anak-anak.
Isterinya, Timah Abdul Hamid, 80 atau Mak Timah berkata, jati diri sebagai bekas anggota tentera, menjadikan suaminya tidak putus asa walaupun semakin uzur.
Sebelum ini, Pak Hamid juga pernah disahkan positif COVID-19.
Pak Hamid dan Timah mendirikan rumah tangga pada April 1957 dan mereka dikurniakan lapan cahaya matanya, namun dua daripadanya meninggal dunia.
Sumber : MStar
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply