Siti Kassim Buat Hal Lagi.. Siap ‘Sound’ PU Riz Sebab Tegur Netizen Utk Tidak Muatnaik Gambar Aurat Arwahh Adibah Noor

Pemergian artis Allahyarham Adibah Noor pada Sabtu lalu akibat kanser ovari tahap empat sememangnya mengejutkan oranhh you dramai.

Bila menjenguk Di media sosial, ramai yang mengucapkan takziah serta memuat naik gambar Allahyarham yang tidak menutup aurat.

Susulan daripada itu, Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail atau PU Riz menegur orang ramai supaya tidak berkongsikan foto penyanyi itu yang tidak menutup aurat.

Walaubagaimanapun, teguran PU Riz itu seolah tidak disenangi peguam dan aktivis, Siti Kassim. Menerusi perkongsian di Twitter, peguam itu menyelar PU Riz serta menasihati pendakwah itu agar menjaga tepi kain sendiri sahaja.

 

Atas dari perkongsian Siti Kassim itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak bersetuju dengan peguam tersebut.

Tidak kurang juga ada yang menyindir PU Riz tidak layak memberi nasihat berhubung isu berkenaan serta meminta untuk menjaga isteri sendiri sahaja.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan benar apa yang ditegur oleh PU Riz itu kerana ianya pesanan yang baik.

SUMBER: Cari Forum via Gulapop/awattsheikk

Terdahulu menerusi laporan mStar Online, Haris atau nama penuhnya Muhammad Haris Mohd Ismail berkata, cukup sekadar sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham.

“Saya mohon kepada semua yang mengenali arwah, minta jasa baik agar tidak kongsikan gambar arwah yang tidak menutup aurat. Cukup sekadar sedekah Al-fatihah.
“Jangan kita sebarkan perkara yang tidak perlu. Pesanan ini khas buat diri saya yang sering terlupa sekian. Salam,” katanya.

Adibah rahsiakan kesakitan daripada ayah

Bapa Allahyarham Adibah Noor, Mohd Omar Zainal Abidin, 89, mengaku tidak tahu menahu penderitaan dialami arwah, namun, reda dengan pemergian anak ketiganya itu.

Mohd Omar berkata, arwah tidak memberitahu apa-apa mengenai keadaan kesihatannya.

“Saya tak tahu… Arwah tidak beritahu walaupun saya ayahnya. Saya pergi ke hospital pun, dia tidak beritahu.

“Tetapi kalau Tuhan hendak ambil, Dia ambil juga,” katanya kepada pemberita sebaik selesai pengebumian jenazah Allahyarham Adibah di Tanah Perkuburan Islam Keramat Peramai, Taman Keramat di sini, kira-kira jam 11.30 pagi

Mohd Omar berkata, Allahyarham Adibah adalah anak yang bersifat taat dan pemurah.

“Kalau orang lain hendak kata dia kedekut, terpulanglah. Bagi saya arwah okay, semuanya okay.

“Saya tiada apa-apa nak cerita, tiada apa yang hendak dipanjangkan. Mohon doakan yang baik-baik untuk anak saya,” katanya.

Sementara itu, abang Allahyarham Adibah yang hanya mahu dikenali sebagai Angah berkata, keluarga dimaklumkan mengenai penyakit yang dihidapi arwah, beberapa bulan lalu.

“Adik saya beritahu kami dia sakit pun, lambat. Dia baharu beritahu kami beberapa bulan lalu kerana dia sendiri tahu dia sakit pun sudah terlambat.

“Rawatan dan pembedahannya sudah lancar. Tetapi rezeki dia sudah begitu, kita pun tidak tahu. Baru-baru ini, kami ada keluar makan bersama, dia boleh berjalan, makan dan sebagainya.

“Khamis lalu, kami diberitahu dia melakukan sesi kemoterapi kali keenam atau ketujuh, saya tak pasti. Dos pun lebih sedikit untuk membuang sel kanser.

“Jadi, mungkin dos itu terlalu kuat untuk dia. Tetapi saya tidak pasti, itu kena tanya doktor,” katanya.

Berkongsi mengenai keperibadian adiknya, Angah berkata, arwah peramah dan mesra dengan saudara-mara.

“Malah, dengan anak-anak saudara pun arwah baik. Dia berpesan kepada mereka untuk belajar baik-baik,” katanya.

Sumber: Twitter Siti Kassim, omm

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*