
Johor Bahru : Seorang bapa terkedu melihat anak perempuan dan cucunya berlumuran darah dan tidak bernyawa dipercayai dik3lar di leher oleh menantunya sendiri di Kampung Bakar Batu di sini, tengah hari tadi.
Rosman Ahmad, 58, berkata dia menerima panggilan telefon daripada anak sulungnya yang memaklumkan terdapat masalah di rumah anak ketiganya yang berusia 26 tahun sebelum dia bergegas ke lokasi kejadian.
“Apabila saya sampai, anak pertama dan kedua sudah ada di sini (rumah keluarga anak ketiga), saya lihat anak perempuan saya terbaring depan pintu rumah dengan luka di leher macam dik3lar.
“Cucu lelaki saya, juga terdapat luka di leher, ketika itu ada jururawat sedang mengendongnya. Tetapi, saya difahamkan cucu saya ditemui di sisi ibunya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.
Wanita itu dan anak tunggalnya, Hans Mohd Thakif Amir berusia kira-kira dua bulan, ditemukan sudah meninggal dunia, dipercayai dik3lar suaminya berumur 25 tahun.
Terbongkar Susulan Viral Lelaki menaiki motor dalam keadaan berb0gel.
Lelaki itu pula dilaporkan melarikan diri sejurus kejadian itu dengan menaiki motosikal dalam keadaan berb0gel.
Beberapa video dan gambar memaparkan seorang lelaki dipercayai suspek dalam kejadian k3lar isteri dan anak itu kemudian tular di media sosial.
Menurut Rosman, anak dan menantunya itu dijadualkan bersanding 24 Julai ini memandangkan tidak dapat berbuat demikian selepas bernikah tahun lalu kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Malah, katanya, persiapan untuk majlis bersanding itu juga sudah siap dan hanya menunggu hari bahagia itu.
“Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Hajar Nursyahirin Rosman berusia 26 tahun dan bayi, Hans Mohd. Thakif Amir, 44 hari ditemui berlumuran darah serta kesan k3lar pada leher di luar rumah teres yang didiami keluarga pasangan muda itu. Susulan kejadian itu, suspek lelaki tempatan berusia 24 tahun ditahan dalam keadaan berbogel sambil menunggang motosikal seperti video viral di media sosial.”
Ketika ditanya mengenai hubungan anak dan menantunya itu, Rosman berkata, sejak berkahwin, pasangan itu hidup bahagia.
“Anak saya dan menantu memang anak yang baik. Mereka tiada masalah. Saya tidak pernah dengar mereka bergaduh.
“Cuma akhir-akhir ini, saya tahu menantu saya tiada pekerjaan tetap selepas berhenti kerja beberapa bulan lalu. Mungkin dia ada masalah tempat kerja.
“Dulu dia ada buat kerja pembersihan di stadium, lepas itu dia berhenti kerja. Kemudian saya dapat tahu dia hanya kerja sambilan mencuci kapal di Pasir Gudang dan bantu kerja-kerja penyediaan makanan,” katanya yang memaklumkan menantunya bukan seorang yang panas b4ran.
Sementara, isteri Rosman, Norazlina Hamdan, 50, berkata, mereka sekeluarga reda dengan apa yang sudah berlaku kerana menganggap menantunya juga anak yang baik
“Anak saya kalau ada masalah banyak cerita dengan adik-beradik dia saja, tetapi tidak ada pula dia mengadu ada masalah kewangan.
“Jadi saya tidak sangka perkara ini boleh berlaku kerana sudah kenal menantu lama dan mereka baik,” katanya pasrah.
Jenazah kedua-dua mangsa kini berada di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu di sini, esok.
“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati.”
Sumber : HarianMetro
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply