
Melaka: Bisikan suara mengatakan ibunya menyembah berhala didakwa penyebab lelaki menik4m leher ibu kandungnya hingga meninggal dunia dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Paya Luboh di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, Rozizah Md Dom, 63, ditemui berlumvran darah dalam bilik tidur oleh anak perempuannya yang juga adik suspek.
Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata, orang awam melaporkan kejadian itu kepada pihaknya pada 3.05 petang, sebelum suspek berusia 38 tahun diberkas dengan bantuan penduduk.
“Mangsa ditemui dalam bilik tidur di belakang rumah dan siasatan oleh pasukan forensik mendapati terdapat dua kesan tik4man pada kanan dan kiri leher mangsa.
“Ketika ditanya, suspek mengatakan menikam mangsa setelah mendengar satu bisikan yang menyuruh membunuh ibunya kerana menyembah berhala dan atas sebab itu lelaki terbabit masuk ke dalam bilik dan menik4m leher mangsa,” katanya hari ini.
Zainol berkata, ketika kejadian terdapat tiga penghuni di rumah itu terbabit termasuk mangsa dan difahamkan, sebelum ini mangsa hanya tinggal berdua dengan suspek yang juga seorang duda.
Katanya, mangsa baru selesai mandi ketika ditik4m dan suspek didakwa sempat memberi pisau sayur sepanjang 26 sentimeter kepada wanita itu yang kemudiannya didakwa dibuang ke belakang rumah melalui tingkap.
“Pisau digunakan suspek ditemui di belakang rumah selain dia juga berada dalam keadaan normal ketika ditah4n dan boleh bercakap,” katanya.
Menurutnya, semakan dibuat turut mendapati suspek iaitu anak sulung daripada lima beradik menerima rawatan psikiatri di Hospital Melaka sejak empat tahun lalu dan mempunyai dua rekod d4dah.
Katanya, ujian saringan air kencing akan dilakukan dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh untuk permohonan reman, esok bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber : MyMetro
Mayat Wanita Hamil & Ibu Mertua Lumpuh Ditemui Berpelukan Dalam Banjir Di Kedah
Baling, Kedah – Hujan lebat semalam menyebabkan banjir di sesetengah kawasan di Kedah, antara yang paling teruk terkesan adalah daerah Baling, di mana hampir 20 buah rumah mengalami kerosakan.
Paling menyayat hati ialah semalam gempar berita 3 sekeluarga hilang dipercayai dibawa kepala air ketika banjir.
Hari ini, menurut laporan Astro AWANI mayat wanita hamil yang disahkan hilang susulan kejadian banjir Kampung Iboi, Kupang semalam telah ditemui dalam keadaan sedang berpelukan dengan ibu mertuanya yang lumpuh menghidap penyakit strok.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saadon, kedua-dua mangsa ditemui oleh pihak bomba di bawah timbunan pokok, 100 meter dari pekarangan rumah mereka yang juga hanyut oleh arus deras.
“Apabila dikeluarkan, ada seorang mangsa di situ. Mangsa pertama adalah wanita mengandung Nurul Anis, dan di bawah mangsa pertama tadi ditemui mangsa kedua.
Kedua-dua mangsa ditemui berpelukan, di lokasi sama dalam tempoh sama. Lima belas minit kemudian, mangsa kedua berjaya dikeluarkan selepas mangsa pertama dikeluarkan,” katanya.
Pihak bomba menjumpai mereka terperangkap di bawah bongkah kayu dan berkemungkinan mangsa hanyut bersama kayu-kayu tersebut.
Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.
Sumber : MyMetro
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply