
PENYANYI nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman menarik nafas lega apabila terlepas daripada hukuman gantung sampai mati berhubung tuduhan mengedar d4dah berbah4ya jenis g4nja dianggarkan seberat 214 gram, Mac lalu.
Menerusi prosiding pada Rabu, Mahkamah Majistret Petaling Jaya melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan berkenaan.
Yasin atau Muhammad Yasin Sulaiman, 47, ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan melihat keputusan itu sebagai perkembangan positif bagi dirinya.
“Alhamdulillah, saya baik… Saya ikut segala proses dan peruntukan undang-undang dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini,” katanya kepada mStar.
Sebelum ini Yasin didakwa mengedar d4dah jenis g4nja anggaran berat 214 gram di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini, pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu.
Yasin syukur bebas daripada tuduhan mengedar d4dah pada Mac lalu.
Bagi pertuduhan itu, Yasin didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dad4h Berbahaya 1952 dan boleh dihukum 39B(2) akta sama yang memperuntukkan penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan.
Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai keputusan berkenaan, Yasin memberitahu dia akan meneruskan perjuangan meluluskan perubatan kanabis untuk digunakan sebagai salah satu kaedah perubatan di Malaysia.
Yasin berkata, dia berharap Malaysia akan lebih terbuka dan membenarkan kaedah perubatan itu setanding negara-negara maju yang lain apatah lagi rawatan bagi penyakit bipolar yang didakwanya terletak pada tumbuhan tersebut.
“Bagi saya perjuangan sekarang adalah untuk meluluskan perubatan kanabis, kes saya ini tidak mengapa, kita ikut prosedur sehingga ke akhirnya… hukum ke tidak, tidak mengapa, no problem!” ujarnya.
Mahkamah menangguhkan kes itu untuk sebutan semula pada 22 Ogos depan.
Video
Anak Yasin Sulaiman akhirnya dapat lepas rindu, tiga bulan terpisah… Sempat tegur bapa sebelum masuk mahkamah
KEHADIRAN dua anak Yasin Sulaiman iaitu Samer dan Malaika di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu bagi memberi sokongan kepada bapanya mencuri perhatian.
Samer, 18 dan Malaika, 14, dilihat hadir bersama bapa saudara mereka, Zain Sulaiman ke mahkamah tersebut bagi mengikuti sebutan semula kes Yasin di dua mahkamah berasingan berkaitan tuduhan mengedar dad4h jenis g4nja dan menanam 17 pokok dalam pasu plastik dipercayai dad4h.
Kedua-dua remaja berkenaan tenang sepanjang berada di mahkamah malah dilihat sempat menyapa bapa mereka ketika penyanyi lagu Mimpi Laila itu dibawa masuk ke perkarangan mahkamah.
Samer yang tampil berkemeja putih manakala Malaika berbaju putih dan berseluar hijau turut sempat melambai ke arah media yang hadir membuat liputan sebelum meninggalkan perkarangan mahkamah.
Malaika hadir bersama ahli keluarga yang lain.
Sebelum ini abang kepada Yasin iaitu Zain, 50, pernah memberitahu anak-anak penyanyi itu tabah dengan apa yang berlaku.
Malah Samer dan Malaika tabah menghadapi dugaan menimpa bapa mereka selain menunggu kepulangan Yasin.
Sementara itu, ketika sebutan semula kes di Mahkamah Majistret, pihak pendakwaan meminta kes itu ditangguhkan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan berhubung pertuduhan komposer itu berkaitan mengedar dad4h jenis g4nja seberat 214 gram pada Mac lalu.
Yasin kelihatan ceria ketika dibawa ke mahkamah.
Permohonan itu dibuat pendakwaraya, Mohd Asnawi Abu Hanapiah dihadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah dan mahkamah menetapkan 6 Julai ini untuk sebutan semula kes tersebut.
Mengikut pertuduhan itu Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 47, didakwa mengedar d4dah berbahaya jenis g4nja anggaran berat 214 gram di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac 2022.
Bagi pertuduhan tersebut Yasin didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta D4dah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum 39B(2) akta sama yang memperuntukkan penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, Hakim Jamaludin Mat mengekalkan pertuduhan menanam 17 pokok g4nja dan menetapkan tarikh sama untuk serahan dokumen berkaitan kes.
Abang kepada Yasin iaitu Zain Sulaiman sedang berbincang dengan peguam.
Bagi pertuduhan itu, Yasin didakwa telah menanam 17 pokok dipercayai g4nja di dalam pasu plastik yang diperolehi secara terus atau tidak langsung.
Kesalahan itu didakwa pada waktu, tempat serta tarikh sama, yang mana pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta D4dah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.
Yasin diwakili peguam Arif Azmi, Azizul Shariman Mat Yusof dan Yusmadi Yusoff.
Sumber : MStar
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply