
Pelawak, Ali Puteh mendedahkan, dia tidak lagi mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat pembekal ayam selepas dilantik sebagai duta April lalu.
Menurut Ali, keputusan itu dibuat kerana enggan namanya terbabit dengan skandal penipuan syarikat berkenaan terutamanya yang membabitkan hal bekalan ayam kepada peniaga dan pembeli.
“Saya tidak mahu ada pihak yang berdepan dengan masalah apabila berurusan dengan syarikat pembekal itu selepas beberapa isu timbul.
“Terus-terang saya juga kecewa dengan apa yang terjadi apabila perjanjian antara saya dengan syarikat itu tidak berjalan seperti yang sepatutnya,” katanya.
Ali, 33, yang juga juri lokasi untuk siri jelajah Awesome Raja Lawak kesal kerana sudah memberikan sepenuh komitmen selaku duta namun tidak menerima sebarang bayaran seperti dijanjikan.
Tambah Ali, dia ralat kerana melepaskan beberapa tawaran bernilai puluhan ribu kerana mahu menumpukan perhatian sebagai duta dan usahawan ayam bersama syarikat itu seperti yang diminta.
“Saya terima tawaran kerana diperkenalkan orang seorang kawan yang memang saya kenal dan peluang perniagaan turut ditawarkan bagi saya.
“Saya melihat ia sebagai satu peluang terbaik untuk menjana pendapatan lebih stabil tapi perkara lain yang timbul,” katanya.
Ali berkata dia juga mempunyai kontrak sah dengan syarikat berkenaan dan sudah beberapa kali cuba mendapatkan penjelasan namun tiada jalan penyelesaian.
Malangnya, Ali menambah dia tidak merima sebarang bayaran dan faedah sepanjang bergelar duta meskipun sudah melakukan beberapa komitmen.
“Sedih sebab saya lepaskan banyak tawaran lain untuk fokus pada peluang ini dan saya ada tanggungjawab serta tanggungan.
“Saya terima dan saya percaya ada hikmah cuma saya perlu tampil untuk membuat penjelasan berhubung hal ini.
“Saya enggan masalah timbul dan nama saya terkait apabila syarikat ini membuat urus niaga. Saya tidak mahu ada pihak lain jadi mngsa,” katanya.
Dua Tahun Tiada Job , Ali Puteh Guna Wang KWSP Demi Teruskan Kelangsungan Hidup
Pelawak terkenal, Ali Puteh mengakui dia merupakan salah seorang selebriti yang terpaksa mengeluarkan wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) demi meneruskan kelangsungan hidup.
Menurut Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 33, sudah hampir dua tahun dia tidak mendapat sebarang tawaran kerja yang membabitkan dunia hiburan.
“Sepanjang dua tahun ini, pendapatan saya dalam bidang seni cuma RM300. Itu pun sewaktu terlibat dengan program TV bacaan ayat Al Quran secara dalam talian.
“Tetapi Alhamdulillah setakat ini tak adalah sampai terdesak melampaui batas. Cuma sewaktu ditawarkan untuk mengeluarkan wang KWSP, saya ambil.
“Saya ambil untuk saya bertahan dan anak-anak. Maknanya bila saya tak ada kerja, sekurang-kurangnya anak saya masih boleh makan,” katanya yang pernah bertugas sebagai pengawal keselamatan sebelum bergelar selebriti.
Kongsi Ali, dia mula hilang tawaran kerja dalam bidang seni sejak bermula kes mahkamah yang melibatkan dirinya bersama kakak ipar.
“Ketika kes itu bermula, boleh dikatakan memang tak ada ‘job’ langsung. Banyak tawaran yang dibatalkan sejak kes itu berlaku. Tetapi saya percaya kepada rezeki.
“Alhamdulillah saya dapat tawaran daripada Awesome TV untuk membintangi sebuah sitkom dan memegang watak utama. Sebelum ini saya selalu pegang watak sampingan sahaja.
“Saya juga bakal menjadi juri untuk sesi uji bakat program Raja Lawak yang akan berlangsung tidak lama lagi,” kongsinya.
Ali Puteh bakal menjadi juri untuk sesi uji bakat program Raja Lawak yang akan berlangsung tidak lama lagi
Diantara tawaran yang diterima oleh Ali Puteh
Kata Ali lagi, tahun ini juga dia tidak menyambut hari raya Aidilfitri kerana masih bersedih atas kehillangan ibunda tercinta.
“Tahun ini adalah raya pertama yang saya tak beraya. Saya tak tahu hari raya tu hari apa. Raya yang tak bermakna sebab segala-galanya tiada. Saya cuma ada isteri dan anak-anak saya.
“Ini adalah raya pertama tanpa arwah ibu. Saya banyak sibukkan diri dengan meniaga sepanjang Ramadan,” katanya.
Ditanya apa yang dilakukannya disaat diri ditimpa ujian yang berat dan menerima komen serta pandangan sinis masyarakat, kata Ali dia memilih untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.
“Jika ada orang diluar sana yang mengalami masalah depresi atau gangguan meosi, nasihat saya balik lah ke tikar sembahyang.
“Itulah jalan yang saya ambil di mana saya dekatkan diri dengan ustaz dan orang-orang yang berkaitan dengan agama sebab mereka tidak pernah ada sifat membenci dengan kita. Ustaz itu pesan pada saya, selagi kita bernyawa, selagi itu ada peluang untuk kita bertaubat,” kongsinya.
kredit: mstar
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply