[Viral] Lepas Rayu Sumbangan, Ini Jumlah Terkini Dana Yg Wanita Hin4 Islam Dapat… Amat mengejutkan….

Gara-gara gagal membayar wang jaminan sebanyak RM20,000 seperti yang ditetapkan oleh pihak mahkamah, pasangan kekasih yang didakwa atas tuduhan menghina Islam telah membuat permohonan dana kepada orang awam.

Pun begitu, wanita bernama Siti Nuramira Abdullah yang sedang berdepan dakwaan menghina Islam ketika melakukan persembahan komediri dijangka dapat melunaskan wang ikat jamin hari ini, hasil sumbangan dana awam,

Dah Cecah RM15 Ribu

Menurut laporan Berita Harian, setakat semalam sebanyak RM15,000 berjaya dikumpulkan dan peguam bela Siti Nuramira iaitu R Sivaraj yakin jumlah itu akan mencapai sehingga RM20,000.

Peguam bela itu berkata, ramai orang memberi sumbangan dan ada yang menawarkan untuk membayar yuran guaman wanita berusia 28 tahun berkenenaan.

“Ramai yang memberi sumbangan dan ada yang menawarkan untuk membayar yuran guaman Siti Nuramira Abdullah,” katanya.

Tambahan pula pasukannya telah dihubungi oleh penderma dari seluruh dunia yang berminat untuk membuat sumbangan terhadap perjuangan wanita berkenaan di sisi undang-undang.

“Bayaran wang jaminan itu dijangka dibuat hari ini pada pukul 9 pagi,” katanya sambil menambah akan mengembalikan wang yang dibiayai orang ramai, sebaik sahaja kes anak guamnya selesai dan wang ikat jamin dibebaskan mahkamah.

Pada Jumaat lalu, Sivaraj mengumumkan bahawa kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty (LFL) akan membantu Siti Nuramira dan pasangannya, Alexander Navin Vijayachandran bagi mengumpul dana untuk jaminan mereka melalui sumbangan dana awam menggunakan akaun bank LFL.

Dalam pada itu, peguam terkenal di media sosial di kenali sebagai Nor Zabetha tampil memberi pencerahan mengenai dana awam yang ramai masih tak tahu

“Crowfunding atau dana awam bagi duit jaminan.

” Kebelakangan ini, ada beberapa kes yang tertuduh meminta dana awam bagi tujuan jaminan. Sama ada VVIP ataupun pasangan Alex dan Amy atau siapa sahaja yang mempunyai pengikut-pengikut mereka.

“Kalau saya fikirkan bagi VVIP, mustahil lah mereka tidak punya wang untuk membayar duit jaminan. Walaupun alasan akaun dibekukan, itu dan ini.

” Kalau pun benar tiada dana langsung tetapi rakan-rakan VVIP yang lain sahaja sudah cukup menampung jumlah jaminan. Pasti ada pelbagai sumber.

” Jadi bila terjadi kes yang minta dana awam untuk wang jaminan ini, pada pendapat saya ada beberapa perkara yang cuba disampaikan melalui permintaan dana awam itu kepada masyarakat.

“Pertama, bagi meraih sokongan dan simpati. Betapa sistem kehakiman telah menganiaya mereka. RM40,000, RM50,000 atau lain-lain, itu jumlahnya banyak. Bagaimana hendak membayar? Kemudian dari marah, timbul rasa kasihan dari segelintir orang. Barangkali boleh ubah perspektif dari mereka yang salah menjadi mereka yang dianiaya kerana sistem keadilan yang melampau.

“Kedua, setelah berjaya mengumpulkan wang tersebut dari orang ramai, ianya sebagai satu pembuktian bahawa walaupun telah didakwa dan prosiding berjalan di mahkamah tetapi masih ramai bersama mereka dan masih ada yang menyokong. Bukan mereka sahaja tidak setuju tetapi ada yang lain tidak setuju mereka salah. Mereka tidak bersendirian, ramai yang menyokong.

“Jadi pada saya permintaan begini lebih kepada satu penyampaian atau ‘statement’ atau pembuktian.

“Walhal duit jamin itu bukan denda. Duit jaminan adalah satu jaminan untuk menjamin tertuduh terus datang ke mahkamah. Penjamin kebiasaanya bagi sesuatu ada seorang penama sahaja melainkan diarahkan lebih oleh mahkamah, paling kuat pun dua orang dalam kes warga asing.

“Penjamin ini akan menjamin tertuduh selalu hadir tarikh-tarikh mahkamah. Jika tertuduh cabut lari, maka duit jamin hangus.

“Segala duit jaminan yang dibayar akan dipulangkan semula sekiranya kes selesai atau tamat sama ada secara tertuduh dilepaskan dan dibebas atau dibebas tanpa dilepaskan atau mengaku salah atau didapati bersalah. Denda perlu dibayar jika salah tetapi duit jamin akan dipulangkan.

“Jadi andai kata kes tamat. Bagaimana hendak pulangkan semula kutipan dana awam jaminan ini? Ke mana duit ini pergi? Poket siapa? Adakah hal begini mereka terangkan kepada pemberi derma? Diubah bayar denda? Jika tiada sabitan? Hmmm..

“Banyak lagi orang yang memerlukan bantuan. Beras tidak cukup, dapur tidak berasap. Untuk setiap tindakan pasti akan ada kesan. Sendiri cari pasal, bagaimana tidak jadi hal?” – Oleh Nor Zabetha

Terdahulu, Siti Nuramira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan rasa tidak harmoni dalam kalangan masyarakat Islam ketika melakukan persembahan di Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun lalu.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber: Berita Harian (Saadiah Ismail)

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*