
Georgetown: Seorang lagi penunggang motosikal men.inggal dunia ketika dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas terbabit dalam kema.langan di Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, awal pagi tadi.
Ia menjadikan keseluruhan seramai empat ma.ut dan tiga lagi masih menerima rawatan di hospital terbabit.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, m.angsa keempat yang meninggal dunia ialah Muhammad Harith Zikri Yusnizar, 17 tahun.
data-reader-unique-id=”7″>Katanya, Mohd Haziq bin Harris, 34, masih dirawat di zon merah akibat kec.ederaan di kepala manakala Muhammad Rahimi Shukor, 19 di zon kuning akibat kec.ederaan di muka dan kepala.
“Sementara Muhammad Shazwan Hafiz Mohd Abdul Sani, 22, juga dirawat di zon kuning akibat kec.ederaan di bahagian kaki, tangan dan muka.
“Kesemua m.angsa yang terbabit nahas itu berasal dari Negeri Pulau Pinang dan Kedah,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Terdahulu Harian Metro melaporkan tiga penunggang motosikal yang terbabit dalam nahas itu ma.ut di lokasi.
Man.gsa yang ma.ut itu ialah Muhamad Eizreel Muhamad Roszadi, 25, Ahmad Haikal Naif Ahmad Nazrul, 19, dan Mohd Syazwan Hakim Mohd Abdul Sani, 22, iaitu kembar kepada Mohd Syazwan Hafiz.
Mengulas lanjut Soffian berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan berhubung kem.alangan pada jam 4.30 pagi membabitkan laluan di Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu menghala ke Pusat Bandar.
Katanya, kem.alangan itu membabitkan beberapa motosikal yang disyaki menyertai aktiviti lumba h.aram.
“Beberapa penunggang motosikal dipercayai hilang kawalan dan merempuh antara satu sama lain.
“Dalam kejadian itu, dua kenderaan jenis Perodua Myvi dan Proton Waja turut dirempuh dari arah belakang oleh kumpulan penunggang motosikal berkenaan,” katanya lagi.
Menurut Soffian lagi, sebelum kejadian, pihak polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dan pasukan trafik dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Timur Laut sudah membuat rondaan awal sebagai tindakan pencegahan aktiviti lumba haram itu.
Katanya, perancangan bagi menangkap individu yang terbabit dalam lumba haram itu juga sudah diatur sebelum berlaku kejadian.
“Abang Saya Mgsa Yang Meninggal Tu Adalah Runner”
“Allahuakbar…Orang awam yang cuba bantu pula jadi mngsa
Insiden kemalangan melibatkan Mat Rempit di Pulau Pinang semalam.
Kredit:_fasyii
Al-Fatihah buat keempat2 mangsa kemalangan ngeri kat Penang awal pagi semalam…
Allahyarham Harith Zikri Bin Yusnizar, 17 tahun, mangsa keempat meninggal dunia telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid Hashim Yahya, Jalan Perak, Georgetown jam 11 malam tadi…
Sumber: HM online
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Leave a Reply