JAWI Dah Bebaskan Semalam Dan Terus Dia Pergi Rumah Ibu Saudaranya Tapi Makcik Dia Taknak Terima …. Ini yang berlaku selepas itu..

Siti Nuramira Abdullah, yang sebelum ini didakwa di mahkamah sivil, tidak didakwa di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

Hannann Syoffeeya Zainal Syahrir, pembantu peguam R Sivaraj Hannann, berkata Siti Nuramira dibebaskan dengan jaminan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada jam 10 malam, semalam.

Katanya, peguam menerima panggilan daripada pegawai Jawi bagi memaklumkan pembebasan wanita itu tanpa jaminan atau bon oleh Jawi.

 

Lepas Bebas Dia Pergi Rumah Ibu Saudara Tapi Ditolak..

 

 

“Sejurus dilepaskan, Siti Nuramira dibawa ke rumah ibu saudaranya di Kelana Jaya, Selangor tetapi dia keberatan untuk menerima anak saudaranya itu.

Hannann Syoffeeya berkata, Nuramira kemudian dibebaskan di Kuala Lumpur dan dibawa bertemu peguam dan dihantar pulang ke rumahnya di Petaling Jaya.

“Akhirnya kami sampai di rumahnya sekitar tengah malam, Alex terkejut dan mereka berpelukan satu sama lain,” kata Hannann Syoffeeya.

Semalam, penguat kuasa agama yang enggan dinamakan berkata wanita terbabit akan ditahan selama 24 jam sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

Jawi menahannya selepas dia dibebaskan setelah membayar wang ikat jamin di mahkamah sivil setelah didakwa mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut Islam.

Nuramira mencetuskan kontroversi dengan membuka baju kurung, tudung dan kain selepas mengaku menghafal 15 juruk al-Quran, dalam persembahan komedi di Kuala Lumpur.

Kekasihnya V Alexander Navin turut dihadapkan ke mahkamah kerana mengedarkan rakaman persembahan itu manakala pengasas bersama Crackhouse Rizal Van Geyze disiasat polis.

Sumber : Malaysia Kini

 

Artikel ter dahulu :

 

Pelawak Yg Menghin4 Islam Gelak Besar Dibebaskan Dan Tidak Didkwa Di Mhkamah Syariah…. Dan ini sebabnya

 

Siti Nuramira dibebaskan tanpa jaminan oleh Jawi pada malam Selasa.

WANITA yang didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan di kelab komedi Crackhouse Comedy Club, Siti Nuramira Abdullah yang sepatutnya didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada pagi Rabu dibebaskan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada malam Selasa.

Peguam mewakili tertuduh, Ramesh N. P. Chandran ketika dihubungi mStar berkata, pihaknya mendapat panggilan telefon daripada Jawi memaklumkan Siti Nuramira dibebaskan tanpa jaminan atau bon oleh Jawi dalam tempoh serta merta.

“Hari ini memang tiada apa-apa pertuduhan di mahkamah dan Siti Nuramira dibebaskan tanpa jaminan dan hanya menunggu arahan seterusnya daripada pihak mahkamah,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, BH Online melaporkan, media yang berkumpul sejak pukul 8 pagi di perkarangan mahkamah untuk membuat liputan bagaimanapun difahamkan kes itu tidak akan diteruskan.

Ini disebabkan ia membabitkan tuduhan bersifat sama dan hukuman dihadapi wanita terbabit jika disabitkan kesalahan melalui pertuduhan di mahkamah sivil adalah lebih berat daripada hukuman diperuntukkan melalui tuduhan mahkamah syariah.

Pada Selasa, Siti Nuramira ditahan penguat kuasa Jawi selepas selesai membayar wang ikat jamin atas pertuduhan menghina Islam yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Siber Kuala Lumpur pada 13 Julai lalu.

Tertuduh mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan kegusaran dan suasana tidak harmoni di atas alasan-alasan agama, di antara orang-orang yang menganut agama yang sama ketika mengadakan persembahan komedi berdiri (stand up comedy) di Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada 4 Jun lalu.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi lima tahun.

Dalam video yang tular di media sosial memperlihatkan Siti Nuramira memperkenalkan diri sebagai seorang wanita Melayu Islam serta mengakui menghafaz 15 juzuk al-Quran sebelum bertindak menanggalkan tudung dan baju kurung yang dipakainya.

Terdahulu Selesai ikat jamin, rupa-rupanya Jawi dah tunggu nak cekup… Wanita hina Islam sekali lagi ditahan

amira 2

WANITA yang didakwa menghina Islam dalam persembahan komedi ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sejurus selepas membayar ikat jamin RM20,000 pada pagi Selasa.

Siti Nuramira Abdullah, 26, ditahan oleh pihak pegawai daripada Jawi pada pukul 10.30 pagi selepas membayar wang ikat jamin di kaunter mahkamah bersama peguamnya, Ramesh Chandran.

Difahamkan, Siti Nuramira akan ditahan selama 24 jam sebelum dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah dan dijangka akan didakwa dibawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 kerana menghina Islam.

Jika sabit kesalahan wanita itu berdepan hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda RM3,000.

Pada 13 Julai lalu, wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Siber Kuala Lumpur atas tuduhan menghina Islam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan kegusaran dan suasana tidak harmoni di atas alasan-asalan agama, di antara orang-orang yang menganut agama yang sama ketika membuat persembahan komedi berdiri di Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur pada 4 Jun lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi lima tahun.

Kes disebut akan disebut semula pada 18 Ogos ini.

Semalam media melaporkan Siti Nuramira dan teman lelakinya, V. Alexander Navin, 38, berjaya mengumpulkan wang ikat jamin menerusi dana awam.

Pelawak wanita hina Islam akan didakwa di Mahkamah Syariah - SatuBeritaEkoran gagal membayar wang ikat jamin, Siti Nuramira ditempatkan di Penjara Satelit Beranang manakala Alexander di Penjara Satelit Kuala Kubu Baru sebelum dihantar ke Penjara Wanita Kajang dan Penjara Sungai Buloh.

Alexander turut membuat pengakuan tidak bersalah atas dua pertuduhan memuat naik hantaran jelik dengan niat menyakitkan hati di media sosial di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*