Suspek Kes D3ra Bdk pernah mengaku digelar kaki sihir, alami depresi Sudah Ditahan Dan ini pula kata Lufya…

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menahan dua individu yang dikaitkan dalam kes d3ra seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan, mangsa juga telah diselamatkan selepas pihaknya menerima satu laporan pada awal pagi Jumaat.

Pada 22 Julai 2022 jam 12.14 tengah malam pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerima satu laporan berkaitan kes pend3raan dan menced3rakan kanak-kanak dan satu siasatan telah dijalankan.

“Selepas menerima laporan berkenaan, Polis Kajang pada 22 Julai 2022 jam 2.30 pagi telah bertindak menyelamatkan mangsa dan telah membuat tangkapan ke atas seorang perempuan Melayu dan seorang lelaki warganegara Singapura di sebuah rumah di taman perumahan Beranang, Selangor.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

 

“Suspek berumur lingkungan 28 hingga 30-an. Tahanan reman dibenarkan selama tujuh hari sehingga 28 Julai 2022. Mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan, doktor mengesahkan mangsa mengalami keced3raan di beberapa bahagian badan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku disebabkan mangsa tidak suka makan nasi dan suspek memaksa kanak-kanak tersebut untuk makan sehingga termuntah.

Mangsa merupakan kanak-kanak yang dikatakan hyper-aktif berusia anggaran empat tahun, merupakan anak kepada warganegara Indonesia yang mana kelahirannya tidak pernah didaftarkan dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

“Mangsa telah diserahkan kepada suspek untuk dijaga sejak April 2022 kerana ibu kandungnya tidak mampu menjaganya. Mangsa dikatakan dipvkul oleh pasangan tersebut menggunakan penyangkut baju, kayu penyapu dan kadang-kadang dicvcuh dengan pemetik api,” ujarnya lagi.

Kes disi4sat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

 

Mengadu dibvli, kemudian diri sendiri d3ra budak? Twitter kena gali… suspek pernah mengaku digelar kaki sihir, alami depresi

 

Video dari Tik Tok Sila Klik link

 

AKAUN Twitter milik wanita yang dikaitkan dengan kes d3ra seorang kanak-kanak berusia empat tahun mula ‘diselongkar’ netizen selepas video perlakuan kejamnya tular sejak pagi Jumaat.

Antara yang mencuri tumpuan tentunya ciapan pada 18 Jun lalu yang berkisar mengenai topik tekanan perasaan, gangguan sihir dan cubaan bunvh diri.

 

Dalam perkongsian panjang lebar, dia mengakui rutin hidupnya terganggu dan hampir menced3rakan diri sendiri gara-gara mengalami bisikan misteri.

“Pernah tak korang dibuli sehingga depresi dan hendak membunuh diri? Ini pengalaman gelap yang saya pernah lalui sebelum ini.

“Ya, membunuh diri. Saya penipu, saya menyihir bekas suami, saya ini, saya itu. Bukan setakat ‘disiber buli’, malah maklumat tentang alamat rumah dan keluarga saya juga diganggu kacau.

“Memang ketika ini, saya memang sukar untuk tidur dan serba serbi tidak kena pada rutin kehidupan saya. Saya pun hampir mengelar tangan kiri saya dek kerana ada suara berbisik untuk melakukan hal demikian.

“Saya bergantung pada ubat-ubatan dalam tempoh yang lama untuk melegakan perasaan yang berkecamuk ini,” ujarnya dalam siri ciapan berkenaan.

Menurut wanita itu lagi, dia juga tertekan dengan tuduhan pihak tertentu yang mengaitkannya dengan gelaran kaki sihir, scammer mandul dan macam-macam lagi.

Selain dipulaukan, dia juga mengakui perniagaannya jatuh teruk dan mengalami kerugian kerana menjadi mangsa buli siber.

“Ganggu siber, hina ibu bapa saya, dedahkan maklumat peribadi saya kepada umum, ini sangat sangat melampau. Masa ini, semua yang rapat juga menjauhkan diri daripada saya. Kaki sihir, santau, scammer, mandul itu ini, semuanya dituduh saya.

“Bukan sekadar itu, perniagaan saya jatuh sangat teruk. Kerugian keseluruhan saya hampir satu juta ketika perniagaan saya merosot.

tmk3

Komen netizen di laman Twitter yang berang dengan kejadian berkenaan.

“Sudahlah mental tidak stabil, sumber pendapatan saya juga hilang. Boleh tak bayangkan berapa teruknya keadaan saya ketika itu?

“Siber buli ini sangat bahaya, tak semua orang kuat untuk menghadapinya. Tips paling perlu dibuat untuk mengurangkan impak siber buli ini adalah dengan mengelakkan untuk membuka sosial media.

“Jangan buka langsung. Jaga kesihatan mental anda. Semoga tuhan permudahkan segala urusan,” tulisnya lagi.

Tweet berkenaan yang seolah-olah agak sepi sejak dikongsi pada Jun lalu mula mendapat respons orang ramai selepas video kes d3ra itu tersebar awal hari ini.

Saya pun hampir mengelar tangan kiri saya dek kerana ada suara berbisik untuk melakukan hal demikian.

SUSPEK KES D#RA

Rata-rata netizen mengecam wanita itu dan berharap agar dia dikenakan hukuman setimpal atas tindakan keji yang dilakukannya.

“Kalau kau ada masa lampau yang teruk, jangan jadikan orang lain sebagai mangsa. Adakah dengan perbuatan memukul boleh membalas atau melepaskan amarah kau yang dahulu, tidak akan dan tidak boleh. Aku harap dia ni kena tindakan tegas, come on Law Malaysia tegas sikit

“Kamu dibuli sehingga depresi dan kesannya sekarang, kamu d3ra budak kecil? Moga kamu mereput dalam neraka.

“Betul ke awak buli anak angkat awak? Jangan gunakan alasan depresi kalau awak dah mend3ra seorang budak yang tak bersalah,” tulis beberapa netizen.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan mengesahkan suspek wanita itu telah ditahan dengan pasangannya di sebuah rumah di Beranang, Selangor.

tmk2

Mangsa telah diselamatkan polis dan dua suspek juga telah ditahan pada Jumaat.

“Selepas menerima laporan berkenaan, Polis Kajang pada 22 Julai 2022 jam 2.30 pagi telah bertindak menyelamatkan mangsa dan telah membuat tangkapan ke atas seorang perempuan Melayu dan seorang lelaki warganegara Singapura.

“Suspek berumur lingkungan 28 hingga 30-an. Tahanan reman dibenarkan selama tujuh hari sehingga 28 Julai 2022. Mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan, doktor mengesahkan mangsa mengalami keced3raan di beberapa bahagian badan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Mangsa merupakan kanak-kanak yang dikatakan hyper-aktif berusia anggaran empat tahun, merupakan anak kepada warganegara Indonesia yang mana kelahirannya tidak pernah didaftarkan dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

“Mangsa telah diserahkan kepada suspek untuk dijaga sejak April 2022 kerana ibu kandungnya tidak mampu menjaganya. Mangsa dikatakan dipukul oleh pasangan tersebut menggunakan penyangkut baju, kayu penyapu dan kadang-kadang dicucuh dengan pemetik api,” ujarnya lagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

 

Terbaru Lufya Omar kenal wanita d3ra kanak-kanak, rupanya pernah alami tekanan dalam perniagaan

 

MENGENALI secara peribadi wanita yang ditahan kerana didakwa mend3ra kanak-kanak, pelakon Lufya Omar juga mendedahkan individu tersebut pernah berkongsi tentang masalah depresi yang dialami.

Lufya bagaimanapun berkata tekanan hidup wanita yang dikenali sebagai Myra itu bukanlah alasan untuk dia bertindak kej4m melakukan pend3raan terhadap anak angkat berusia empat tahun itu.

“Saya kenal Myra kerana dia pernah tawarkan kepada saya untuk mempromosikan produk. Namun saya tidak bersetuju kerana ada beberapa komitmen lain sebelum ini.

lufya 2

Lufya dedahkan wanita d3ra kanak-kanak itu alami tekanan.

“Dia pernah mendedahkan masalah tekanan yang dialami. Saya boleh katakan itu adalah satu ujian kepada dia dan sepatutnya dia tidak boleh berjanji manis dalam perniagaan.

“Walaupun dia tertekan, namun perbuatan dera itu sangat kejam. Masalah tekanan bukan alasan untuk melepaskan rasa tersebut terhadap seorang kanak-kanak,” katanya kepada mStar.

Meluahkan rasa terkejut dengan video penderaan yang mula tular sejak awal pagi Jumaat, Lufya menganggap ini adalah satu ujian buat Myra supaya dia cepat sedar dan menginsafi perbuatannya.

 

Dalam masa sama, Lufya berharap pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap kes seumpama ini supaya ia tidak berulang lagi.

“Apa sahaja yang dia buat adalah cara Allah tunjukkan sayang kepadanya. Ini adalah ujian supaya dia menjadi lebih baik. Anak angkat juga adalah amanah Allah untuk kita jaga.

“Memang saya terkejut apabila melihat video tersebut. Ada masa kita pun 4arah kepada anak tetapi tidaklah sehingga tahap yang brutal sebegitu.

“Anak angkat juga adalah amanah Allah untuk kita jaga”

LUFYA OMAR

PELAKON

“Mungkin disebabkan dia tidak melahirkan anak tersebut maka, dia tidak tahu keperitan seorang ibu. Cara dia itu salah,” jelasnya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan mengesahkan suspek wanita itu telah ditahan dengan pasangannya di sebuah rumah di Beranang, Selangor.

dera 1

Wanita dera kanak-kanak empat tahun sudah direman tujuh hari.

Mangsa merupakan kanak-kanak yang dikatakan hyper-aktif berusia anggaran empat tahun, merupakan anak kepada warganegara Indonesia yang mana kelahirannya tidak pernah didaftarkan dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

 

Sumber : MStar

 

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

 

 

 

 

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*