AfdlinShauki Dan ChrstinaOrow Dah Brcerai Rupanya Dan Ini Kata2 Dri Isteri Bliau Yang Buat Rmai Trkejut…..

Selepas 25 tahun hidup bersama, isteri kepada Datuk Afdlin Shauki, Datin Maria Christina Orow Abdullah mengumumkan sudah sah berc.erai pada Jumaat.

Menerusi hantaran di Instagramnya, Maria memaklumkan mereka sudah berpisah secara baik sejak April lalu.

Hanya tinggal beberapa bulan sahaja untuk menyambut ulang tahun ke25 perkahwinan kami, saya dan Afdlin membuat keputusan bahawa kami akhirnya mengumumkan berc.erai pada April lalu.

Keputusan dibuat agak pantas, mungkin kerana tidak dapat dielakkan, dan kerana kami melakukannya tidak melihat sebagai seorang m.usuh atau pengakhiran kepada hubungan kami.

Kami mengumumkan perkara ini sekarang kerana bulan ini sudah cukup tiga bulan tempoh iddah saya telah tamat,” tulis Maria.

Tambah Maria, kehidupan bahagia mereka diuji ketika p.andemik C.VID19 yang mencetuskan salah faham sekali gus menjadi punca menjadi p.unca ker.etakan rumah tangga.

Sebenarnya hidup kami berjalan dengan sempurna, melihat anak-anak membesar menjadi insan yang mula bertanggungjawab terhadap kehidupan masing-masing dan menjadi satu pasukan kreatif mengembangkan syarikat bersama-sama.

Perpisahan ini berlaku berperingkat apabila kami mulai membuat keputusan secara peribadi, sendiri.

“Ketika p.andemik C.0VID19 mela.nda, kehidupan saya dan Afdlin mula berubah, seakan berlaku salah faham. Meskipun kami cuba untuk mendapatkan kembali kehidupan normal itu, namun tidak berjaya apabila masing-masing mengambil keputusan untuk memilih jalan sendiri,” tambahnya

 

Harap Hormati Keputusan

 

Selain itu, Maria turut memberitahu tanggungjawabnya bersama Afdlin dalam membesarkan anak-anak masih diteruskan dan perpisahan itu bukanlah penyebab untuk mereka tidak menyokong antara satu sama lain.

Kami masih ibu dan bapa kepada anak-anak kami, kerana kami selalu percaya kami masih boleh saling menyokong dan menyayangi antara satu sama lain seperti sebuah keluarga normal.

Suatu masa, pada akhirnya setiap orang akan menjalani kehidupan mereka sendiri dan apa yang kami lakukan ini bukanlah ingin mencerminkan kehidupan mereka, kerana kami masih sentiasa bersama anakanak kami.

Perpisahan pada saya bukan satu kem.usnahan di dalam hubungan kami, sebaliknya kami masih boleh berkawan baik dalam meneruskan kehidupan peribadi masing-masing.

Justeru, Maria berharap orang ramai menghormati keputusan yang diambil mereka.

Kami berharap bahawa rakan-rakan dan keluarga jangan rasa sedih, dan orang ramai boleh menerima ini sebagai satu kehidupan yang agak normal dan teratur yang dilalui oleh ramai orang.

“Kami meminta keluarga kami dan khususnya pr.ivasi anak-anak kita dihormati dan semoga semua selamat, sihat dan bahagia,” jelas Maria.

 

Untuk info, Maria dan Afdlin telah bergelar suami dan isteri pada tahun 1997 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.

Anak sulung mereka, Mia Sara, turut berkecimpung dalam bidang lakonan dan kini membintangi drama rantaian popular Hi.steria TheSeries.

Kredit : Astro/IG

 

Artikel Berkaitan

 

 

Anak Afdlin Shauki, Mia Sara sedia dikritik masuk industri seni guna kabel bapa

 

MULA melangkah ke dunia seni, anak kepada pelakon Datuk Afdlin Shauki iaitu Mia Sara sudah bersedia jika ada pihak yang menuduhnya mendapat tawaran berlakon disebabkan pengaruh bapa.

Menurut Mia atau Mia Sara Shauki, dia tidak mahu mementingkan diri sendiri dengan menolak peluang yang diberikan bapanya untuk menunjukkan bakat dalam mana-mana karya.

Bagaimanapun, pelakon berusia 23 tahun ini menegaskan kebanyakan tawaran lakonan yang diterima merupakan hasil usahanya yang menjalani uji bakat terlebih dahulu.

 

Mia Sara Shauki

Mia berusaha sendiri untuk dapatkan tawaran berlakon.

“Orang tak tahu macam mana saya dapat tawaran berlakon. Tapi kalau bapa saya beri peluang untuk berlakon dalam sebuah karya, saya tidak boleh jadi selfish dengan menolak.

“Sudah tentu semua ibu bapa mahu berikan yang terbaik untuk anak mereka. Tapi kebanyakan tawaran berlakon yang saya terima ini, memang hasil usaha saya sendiri.

“Saya tetap lalui uji bakat. Saya pun baru tamat belajar dalam jurusan lakonan juga,” kata Mia Sara kepada mStar.

“Sebab sudah tentu semua ibu bapa mahu berikan yang terbaik untuk anak mereka.”

MIA SARA

PELAKON

 

Mia Sara ditemui ketika pra tonton drama siri Histeria The Series yang diadakan di Dadi Pavilion, Kuala Lumpur pada baru-baru ini.

Drama siri terbitan Astro Shaw dan produksi Infinitus Gold itu mengangkat kisah misteri pelajar sekolah diganggu dengan misteri kematian pelajar 10 tahun lalu.

Selain Mia, drama itu turut dibintangi oleh Sharifah Aryana, Amelia Christie, Serra Kamal serta menampilkan pelakon asal filem Histeria iaitu Liyana Jasmay.

Dalam pada itu, Mia turut memberitahu bapanya sudah sedia maklum mengenai salah satu babak dalam drama itu yang memaparkan dia merokok.

Mia Sara Shauki

Mia (kanan) bersama keluarganya.

“Bapa saya bukan saja penyokong, pengkritik besar saya tapi dia pun banyak menasihati saya. Saya ada tanya dia kalau ada babak yang hisap rokok itu, apa dia punya perasaan.

“Dia kata, kalau pihak produksi nak keluarkan babak itu, maksudnya ia nak tunjukkan itulah kehidupan sebenar. Mungkin boleh menjadi satu pengajaran.

“Ibu bapa boleh pantau anak-anak yang bersekolah asrama penuh. Tapi dalam kehidupan sebenar, saya tidak merokok pun,” ujarnya.

 

Sumber : MStar

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*