[Video] Mamat Nie Sekolahkan 3 Ah Long Datang Kutip Hutang Buat Warganet Kagum

Video seorang lelaki dilihat menengking tiga individu di tempat parking sebuah apartmen mendapat perhatian warganet selepas ia tular di aplikasi TikTok.

Rakaman itu dimuat naik sendiri oleh tuan empunya badan, Mustafa Khan di akaun TikTok dan Instagram sebelum ia tersebar di Facebook.

Menerusi video tersebut, Mustafa dilihat memarahi tiga pemuda yang didakwa merupakan orang suruhan ah long untuk mengutip hutang.

Katanya, dia tidak suka cara mereka meminta wang daripada si peminjam pada waktu malam ketika mereka berada di rumah dan sedang meluangkan masa bersama keluarga.

Apatah lagi, cara mereka ini yang selamba melanggar undang-undang dan terus menyerbu rumah tanpa kebenaran atau laporan.

 

“Siapa bagi you pergi dia punya rumah? “

“Siapa bagi you kebenaran? “

“Sebelum you mari dia punya rumah, you ada buat report polis tak?”

“You ada otak ke tak ada otak?”

Mustafa Khan

 

 

VIDEO:

Ramai warganet terpukau dan kagum dengan keberanian Mustafa memarahi orang suruhan ah long itu sehingga mereka bertiga terdiam kaku.

Sesetengah netizen berkata semua pemuda itu nampak ‘skema’ dan langsung tidak seperti ah long atau gangster dalam filem.

“Power bro, dorang ingat dorang ahlong dorang besar”, kata seorang netizen di Instagram.

Mustafa juga sempat bagitahu mereka bagaimana cara yang benar untuk mengutip hutang kepada si peminjam, bukan dengan menerjah mereka di rumah begitu.

Sumber : BeautifulNara via awatttsyeikhh

 

 

ANDA MANGSA AHLONG??

PPIM melalui Unit Banteras Ceti Haram telah menyelesaikan ribuan kes Ahlong yang melibatkan nilai jutaan ringgit. Kejayaan demi kejayaan dicapai sekaligus membantu ribuan mangsa Ahlong serta mereka yang terbabit.

Sekiranya anda atau kenalan anda mempunyai masalah berkaitan
Ahlong, anda dinasihatkan untuk segera membuat laporan kepada
PPIM bagi membolehkan kami menghulurkan bantuan.

PPIM sama sekali tidak menggalakkan mana-mana pihak meminjam dari Ahlong sebaliknya kami berusaha membantu mereka yang telah terjerat dengan perangkap Ahlong yang berselindung disebalik imej pemberi pinjaman wang.

Jangan biarkan masalah yang anda hadapi membesar sehingga sukar untuk diselesaikan. Tiada istilah “Ahlong Baik” dalam dunia ceti haram. Mereka hanya berlagak baik demi manfaat tertentu.

Ahlong akan menggunakan pelbagai taktik licik dan zalim! Hindari diri anda dari Ahlong. Jangan meminjam dari Ahlong kerana anda mungkin menjadi “hamba” Ahlong untuk selama-lamanya.

Sekiranya anda ingin mendapatkan bantuan dari Unit Banteras Ceti Haram PPIM, sila hubungi talian 013-3071 999 atau 019-3458 444 untuk menetapkan temu janji.

Unit Banteras Ceti Haram
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
70X, Jalan Keramat Hujung
Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur
013-3071 999 / 019-3458 444
03-4257 7222 / 03-4256 6618

Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda atau mangsa Ahlong.

 

 

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*