3 Sahabat yg Menaiki Sebuah Motosikal Mavt Dir3mpuh Kereta Dari Arah Bertentangan Di Bukit Besi – AL Fatihah

Dungun : Tiga sahabat maut selepas motosikal yang mereka naiki terbabit kemalangan di Kilometer 80 Jalan Jerangau-Jabur dekat Kampung Talang Bukit Besi, malam tadi.

Dalam kemalangan 8.45 malam itu, Mohammad Hafiqzie Mohd Zukri, 14, Muhammad Salman Faris Samsu, 14, dan Muhammad Faris Haikal Mohd Faizal, 14, maut di tempat kejadian.

         

Baharuddin berkata, kesemua mangsa yang tinggal di Rumah Kos Rendah Bukit Besi itu maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun.

“Urusan bedah siasat selesai kira-kira 2 pagi tadi sebelum jenazah diserahkan kepada ahli keluarga masing-masing untuk urusan pengebumian,” katanya.

Katanya, pemandu kereta yang berusia 50 tahun serta isterinya yang berusia 45 tahun dan anak lelakinya yang berusia enam tahun cedera dan mendapat rawatan di hospital sama.

“Sementara seorang lagi anaknya yang berusia tujuh tahun tidak cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

HM

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*