[Kisah Misteri] Sebuah Rumah Dikaburkan Gambarnya Oleh Google Maps Dan Ini Sebabnya …

Screenshot 2020-09-04 at 1.22.54 PM

Google Maps sering menjadi rujukan semua orang di seluruh dunia. Ia dilengkapi dengan peta dan juga beberapa pilihan lain yang membantu pengguna untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Selain daripada itu, pengguna juga boleh melihat kawasan sekitar dengan menggunakan pilihan Google Street View.

Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa gambar di Google Street View yang dikaburkan oleh pihak Google untuk tujuan keselamatan.

Antara rumah yang telah dikaburkan gambarnya oleh pihak Google Maps adalah Seymour Avenue yang terletak di Ohia, Amerika Syarikat. Rumah ini dikaburkan oleh Google kerana ia menjadi tempat di mana Amanda Berry, Gina DeJesus dan Michelle Knight dicvlik dan did3ra oleh Ariel Castro selama hampir satu dekad.

Screenshot 2020-09-04 at 1.22.54 PM

Rumah dua tingkat ini mempunyai empat bilik tidur, bilik mandi, ruang bawah tanah seluas 760 kaki persegi, dua teres, loteng dan sebuah garaj yang berada di luar rumah.

Pada bahagian luar, rumah ini kelihatan biasa. Kelihatan seperti rumah-rumah yang ada di kawasan sekitar. Namun sebenarnya, ia menyimpan seribu satu misteri yang dirungkai sendiri oleh pihak berkuasa setelah mendapat laporan oleh orang ramai.

Permulaan ‘Karier’ Ariel Castro Sebagai Seorang Pencvlik.

Kej4hatan Ariel Castro tidak bermula dengan pencvlikan, tetapi lebih kepada seorang yang suka mend3ra orang. Selama hidupnya, Castro pernah berkahwin dengan seorang wanita dan hasilnya mereka mempunyai empat orang anak. Namun, kesemua anaknya telah did3ra secara fizikal selama perkahwinan mereka.

Dia kemudiannya bercerai pada pertengahan tahun 1990-an dan keempat anaknya telah dijaga oleh bekas isterinya. Ini meninggalkan Castro dengan rumah dua tingkat dan dirinya sendiri. Walaupun sudah bercerai disebabkan perangainya yang suka mend3ra, itu tidak cukup untuk menyedarkan Castro, malah n4fsu d3ranya makin membuak-buak.

Screenshot 2020-09-04 at 1.23.27 PM

Pada 22 Ogos 2002, Castro memulakan ‘karier’ barunya daripada seorang pend3ra kepada seorang pencvlik. Michelle Knight adalah m4ngsa pertamanya. Michelle dicvlik ketika dalam perjalanan untuk berjumpa dengan seseorang bagi menyelesaikan masalah hak jagaan anak. Dia yang sesat ketika itu telah bertindak meminta bantuan Castro.

Castro dan Michelle bukanlah orang asing kerana anak perempuannya adalah teman baik kepada Michelle. Dia memberitahu Michelle bahawa dia mempunyai beberapa ekor anak anjing di rumah untuk diberikan kepada Michelle dan mencadangkan kepadanya untuk berhenti di rumahnya.  Michelle yang tidak mencurigai apa-apa telah bersetuju dengan cadangan Castro.

Ketika tiba di rumah, Castro telah meminta Michelle untuk naik ke tingkat atas dan disitu Michelle telah dikurung dan diikat. Castro juga bertindak mengoyak gambar anak lelaki Michelle dan memberi amaran kepadanya bahawa dia tidak akan keluar dari rumah ini untuk jangka masa yang lama. Michelle dikurung di rumah tersebut selama sebelas tahun.

010320-ariel-castro-survivors-1280×720

M4NGSA PENCVLIKAN ARIEL CASTRO

M4ngsa kedua adalah Amanda, dia dicvlik sehari sebelum ulang tahunnya yang ke-17, iaitu 21 April 2003. Amanda yang baru pulang dari kerja telah memilih untuk berjalan kaki menuju ke rumahnya. Semasa berjalan kaki, sebuah van yang dipandu oleh Castro telah berhenti di hadapannya.

Amanda sebenarnya tidak mengenali Castro. Namun dia termakan dengan kata-katanya apabila Castro menyatakan bahawa dia ayah kepada teman sekolah Amanda. Seperti Michelle, Amanda juga akhirnya terperangkap di rumah Castro dan menjadi tawanan selama lebih satu dekad.

M4ngsa terakhir Castro adalah Georgina DeJesus. Dia dicvlik pada 2 April 2004 ketika berjalan pulang seorang diri setelah berjumpa dengan teman baiknya. Castro menggunakan modus operandi yang sama dengan menyatakan bahawa dia adalah ayah kepada teman Gina.

Ketika berada di rumah, Castro cuba untuk menyentuh Gina dan melakukan perkara-perkara yang tidak diingini oleh Gina. Namun apabila Gina mengvgut Castro bahawa dia bakal melaporkan perkara ini kepada polis, Castro mula mengalah. Tetapi Gina akhirnya mendapati bahawa dirinya dirantai dan dikurung bersama dengan dua orang wanita yang lain.

5229e1d569bedd20557c37cc

ARIEL CASTRO KETIKA DI MAHKAMAH.

Sepanjang satu dekad, ketiga-tiga wanita terbabit telah did3ra secara fizikal dan m3ntal. Mereka juga telah dir0gol oleh Castro. Namun semuanya berubah apabila Amanda, m4ngsa kedua yang dicvlik oleh Castro hamil.

Ketika pertama kali Amanda tahu bahawa dia hamil, dia jadi t4kut kerana dia tahu Castro sangat tidak suka dengan bayi. Sebelum ini, ketika Michelle hamil, Castro telah mem4ksa Michelle untuk menggvgurkan anak terbabit. Namun anehnya, Castro telah mengizinkan Amanda untuk menyimpan bayi tersebut dan dia berjanji akan menjaga bayi tersebut sehingga dia berusia enam tahun.

Selepas Amanda melahirkan anak, Castro telah menjaga anak itu dengan baik dan membiarkannya berkeliaran di dalam rumah dengan bebas. Pada suatu hari, anak tersebut telah melaporkan kepada ibunya, Amanda, bahawa Castro telah meninggalkan rumah.

Pada mulanya Amanda tidak mempercayai anaknya kerana Castro tidak pernah meninggalkan rumah tanpa mengunci pintu. Ketika anak perempuannya berulang kali memberitahu perkara yang sama kepada Amanda, dia menyedari bahawa ini adalah peluangnya untuk melarikan diri.

collage

FILEM YANG DIINSPIRASIKAN DARIPADA KISAH ARIEL CASTRO

Dengan keberanian yang ada, Amanda telah bergegas ke tingkat bawah dan mula menj3rit meminta tolong. Salah seorang daripada jiran Castro telah mendengar j3ritan Amanda dan bergegas untuk membantu mereka.

Selepas dibebaskan, Amanda segera melaporkan kepada pihak polis. Dia menyatakan bahawa, “Saya dicvlik dan saya adalah orang yang hilang selama 10 tahun dan kini saya telah bebas.” Perkara itu mengejutkan pihak polis apabila seorang gadis yang hilang selama satu dekad melaporkan kisah pencvlikannya sendiri.

Ketiga-tiga wanita tersebut dibebaskan pada 6 Mei 2013 manakala Castro pula telah didapati bers4lah dan dihvkum p3njara seumur hidup. Castro kemudiannya bertindak membvnuuh diri selepas beberapa bulan dihuukum p3njara.

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*