Remaja 17 tahun dit4han selepas disyaki cuba selvdup 25 pendatang tanpa izin guna Vellfire

Kuala Lumpur: Caj RM6,000 dikenakan kepada setiap pendatang asing tanpa izin (Pati) bagi menyusup masuk ke dalam negara untuk mencari pekerjaan.

Namun, hasrat 25 Pati itu tergendala selepas mereka dicekup polis di Jalan Selinsing, di sini, pada 12.05 tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, rondaan dijalankan Ketua Balai Polis Jinjang terserempak dengan sebuah kereta dalam keadaan yang mencurigakan.

 

 

“Ketika dihampiri, kenderaan pelbagai guna Toyota Vellfire itu memecut laju dan enggan berhenti.

 

 

 

“Polis mengejar kenderaan berkenaan yang kemudiannya melanggar motosikal ditunggangi anggota polis termasuk tiga kereta di lokasi sama,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan itu dipandu seorang remaja berusia 17 tahun manakala di bahagian tempat duduk belakang terdapat 19 lelaki dan enam wanita berusia 15 hingga 39 tahun.

 

 

Katanya, seorang lelaki warga tempatan bagaimanapun melarikan diri ketika kemalangan berlaku.

 

 

“Hasil semakan identiti mendapati semua penumpang tidak memiliki pengenalan diri dan dokumen perjalanan sah.

“Pemandu yang ditah4n mengaku tiba dari Rantau Panjang di Kelantan bagi membawa masuk Pati terbabit untuk bekerja di negara ini.

“Semua svspek ditahan reman bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

sumber: HM

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

 

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*