[Video] Kasihan Kylie Jenner jadian alahan ayam goreng seringgit… “Sakit rasa macam nak cabut bibir letak tepi!”

INDIVIDU yang mempunyai alahan terhadap sesuatu keadaan, makanan ataupun ubat-ubatan sering ditemui dalam kalangan kita.

Namun, kesan terhadap alahan bergantung kepada setiap individu kerana ada juga yang terpaksa dimasukkan ke hospital berikutan alahan yang serius.

Bagaimanapun ramai juga yang hanya mengalami kesan alahan ringan seperti gatal atau bengkak pada anggota badan tertentu seperti dialami wanita ini.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

 

Menerusi perkongsian video di media sosial, gadis bernama Najaa Abdul Aziz, 25, menunjukkan keadaan bibirnya yang bengkak selepas makan ayam.

Bercerita kepada mStar, Najaa berkata dia mula mengalami alahan itu sejak beberapa tahun lalu.

“Saya boleh tahu dan sedar ada alahan ni apabila makan ayam, bibir saya mula rasa sangat gatal. Sejak itu ayam yang trigger alahan tu saya panggil ‘forbidden chicken (ayam terlarang)’.

 

“Paling teruk saya pernah kena tahun 2019. Masa tu bibir saya membengkak paling besar,” ujar Najaa.

Bagaimanapun kata Najaa yang menetap di Seremban, Negeri Sembilan, ayam kampung tidak disuntik merupakan antara jenis ayam boleh dimakannya tanpa alami sebarang alahan.

Najaa memiliki alahan terhadap ayam.

“Sebelum ni apabila makan ayam ada yang okey, ada juga yang tidak jadi saya buat eksperimen sendiri. Ternyata saya boleh makan ayam kampung yang tidak disuntik.

Kata Najaa, alahan berkenaan menyebabkan dia hilang salah satu ‘nikmat dunia’ yang digemarinya iaitu ayam goreng.

“Selalunya saya akan mula gatal beberapa jam selepas makan ayam proses. Apabila alergi tu datang mulalah bibir rasa berdenyut dan bengkak macam video saya kongsikan tu.

 

“Tak nampak pun macam Kylie Jenner tapi apabila post video tu ada orang komen beritahu muka saya ada iras dia.”

NAJAA

 

“Apa yang tak best fasal alahan ni, selepas kesan membengkak surut bibirnya mula menjadi kering dan pedih… ada kalanya terkoyak sikit.

“Sedih sangat apabila jadi alahan macam ni sebab saya suka makan ayam goreng. Kalau dapat ayam RM1 lagi bahagia hidup!” selorohnya.

Tambah Najaa yang kini bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat swasta, dia belum berjumpa dengan mana-mana pakar untuk mengetahui punca sebenar masalah alahan ini.

Alahan Najaa menjadi semakin teruk pada 2019.

Namun, beberapa doktor yang dijumpai ketika masalah bengkak berlaku memberitahu bahawa Najaa mempunyai alahan terhadap beberapa jenis protein yang hanya boleh diketahui melalui beberapa ujian makmal.

Berikutan perkongsian Najaa di TikTok bagi menunjukkan kesan bengkak di bibir, ada juga netizen yang menyatakan bahawa wajahnya mirip artis antarabangsa, Kylie Jenner.

Malah, beberapa netizen turut berkongsi kisah alahan pelik mereka di ruangan komen.

Komen netizen pada video yang menjadi tular.

“Sejujurnya saya tak nampak pun macam Kylie Jenner tapi apabila post video tu adalah orang komen beritahu muka saya ada iras dia.

“Apabila post video tu ramai juga yang share fasal alahan makanan mereka sama dengan saya malah ada juga yang cakap alami alahan makan kek coklat.

“Video yang viral tu saya rakam pada pagi Ahad 31 Julai baru-baru ni. MAsa tu baru balik dari Sungai Congkak di Selangor.

“Saya makan ayam hari Sabtu, jadi kesan bengkak memang nampak macam dalam video tu lepas keesokan harinya,” ujar Najaa.

 

Sedikit biodata mengenai Kylie Jenner

 

Kylie Kristen Jenner (lahir 10 Ogos 1997) ialah personaliti media, sosialit, model dan ahli perniagaan Amerika. Dia membintangi filem E! siri televisyen realiti Keeping Up with the Kardashians dari 2007 hingga 2021 dan merupakan pengasas dan pemilik syarikat kosmetik Kylie Cosmetics. Dia kini wanita paling banyak diikuti dan orang kedua paling ramai pengikut di Instagram.

 

Pada usia 14 tahun pada 2012, dia bekerjasama dengan jenama pakaian PacSun, bersama kakaknya Kendall, dan mencipta barisan pakaian, Kendall & Kylie. Pada 2015, Jenner melancarkan rangkaian kosmetiknya sendiri yang dipanggil Kylie Lip Kits, yang dinamakan semula kepada Kylie Cosmetics pada tahun berikutnya. Mereka juga mengeluarkan aplikasi mudah alih yang mencapai nombor satu di iTunes App Store yang dipanggil Kendall dan Kylie.

 

Pada 2014 dan 2015, majalah Time menyenaraikan adik-beradik Jenner dalam senarai remaja paling berpengaruh di dunia, memetik pengaruh besar mereka dalam kalangan belia di media sosial. Pada tahun 2017, Jenner diletakkan dalam senarai Selebriti Forbes 100, menjadikannya orang termuda yang dipaparkan dalam senarai itu. Jenner membintangi siri spin-offnya sendiri, Life of Kylie, yang ditayangkan di E! pada 6 Ogos 2017. Pada November 2018, New York Post memujinya sebagai selebriti paling berpengaruh dalam industri fesyen.

 

Pada 2019, Forbes menganggarkan nilai bersih Jenner pada AS$1 bilion dan menggelarnya sebagai bilionair buatan sendiri termuda di dunia pada usia 21 tahun; tanggapan Jenner yang dibuat sendiri telah menimbulkan kontroversi. Pada Mei 2020, Forbes mengeluarkan kenyataan yang menuduh Jenner memalsukan dokumen cukai supaya dia muncul sebagai jutawan.

 

 

Sumber : MStar / najaanaziz

 

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*