Tiktoker Kantoi Ditangkap KhaIwat dgn Isteri Orang Tapi Yg Menyedihkan Isterinya Tengah Sarat Mengandung

KULIM: Seorang lelaki yang isterinya sarat mengandung ditangkap khalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di rumah wanita berkenaan di Sungai Kok di sini, hari ini.

 

 

  

Katanya, operasi itu disertai tiga anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim dan ahli jawatankuasa masjid.

“Kita mengetuk pintu rumah sebelum seorang wanita membuka pintu dan hasil pemeriksaan menemui seorang lelaki berada di ruang dapur di dalam rumah tersebut.

“Hanya pasangan itu sahaja yang berada di dalam rumah terbabit dan pada mulanya, mereka mengaku sudah berkahwin.

“Pasangan itu mendakwa mereka bernikah di Thailand tetapi gagal mengemukakan dokumen,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati wanita terbabit masih bersuami dan lelaki terbabit pula sudah berkahwin.

“Wanita terbabit kemudian mengaku dia masih mempunyai suami dan dalam proses penceraian.

“Wanita itu kini tinggal bersama dengan seorang anaknya di rumah itu, sementara seorang lagi anaknya tinggal bersama suaminya,” katanya.

Menurutnya, mereka ditah4n dan dibawa ke Balai Polis Sungai Kob untuk laporan tangk4pan sebelum dibawa ke pejabat untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jen4yah Syariah Negeri 2014.-

Sumber : UTUSAN ONLINE

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*