Kantoi cvri RM30 dari peti derma masjid, pelajar tingkatan satu dan penganggur umur 21 ditah4an

DUA individu telah ditahan berhubung kes curi wang RM30 dari peti derma sebuah masjid di Taman Keramat Permai, Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, seorang pesara berusia 68 tahun mendapati peti derma itu telah diusik kira-kira jam 6 pagi pada 28 Julai.

 

 

“Kami menyiasat dan berjaya menahan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dan seorang lelaki berusia 21 tahun di Tasek Tambahan kira-kira pukul 10.10 malam Sabtu.

 

 

“Remaja itu masih bergelar pelajar di sebuah sekolah di Sri Kembangan manakala seorang lagi suspek menganggur,” katanya pada Ahad.

 

 

Sebuah motosikal dengan nombor plat palsu yang digunakan suspek turut dirampas, katanya.

“Mereka berdua sering menyasarkan kotak derma masjid.

“Mereka akan direman untuk siasatan lanjut,” tambahnya.

Dia mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang jenayah termasuk kecurian dan menggunakan nombor plat palsu.

“Kami menggesa mereka yang mempunyai maklumat mengenai sebarang jenayah di kawasan Ampang Jaya supaya menghubungi balai polis berhampiran,” katanya. – The Star.

 

Sumber  : MStar

 

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*