
Baru-baru ini, nama doktor pakar bedah, Dr. Amalina Che Bakri menjadi perbualan hangat selepas kenyataannya memilih status kewarganegaraan British kepada anaknya disalahertikan.
Susulan itu, difahamkan Dr. Amalina menerima tohmahan dan kritikan segelintir netizen yang memandang serong terhadap kenyataan yang dimuat naik menerusi hantaran di Instagram Stories baru-baru ini.
“Disebabkan komitmen saya di sini, saya tidak dapat pulang ke Malaysia untuk bersalin. Saya kini sedang sarat hamil (trimester trimester) & masih bekerja. Mengambil penerbangan jarak jauh & cuti kerja bukanlah pilihan terbaik untuk kami & bayi.
“Ini adalah keputusan yang terbaik untuk kami sekeluarga dan ini pilihan kami,” jelasnya.
Tambahnya lagi, Dr. Amalina berkata dia akan membesarkan anak-anaknya dengan memahami nilai-nilai murni terkandung baik di Malaysia, UK dan paling utama agama Islam.
View this post on Instagram
“Walaupun tinggal di UK dan kewarganegaraan British, anak-anak kami akan tetap berdarah kacukan Melayu. Percampuran dua budaya akan memberikan mereka kehidupan yang berwarna-warni.
“Saya akan membesarkan mereka untuk memahami nilai-nilai Malaysia & Islam, serta mempelajari Bahasa Melayu.
Pada akhirnya, tidak kira di mana mereka tinggal atau passport negara mana yang mereka ada, yang penting mereka adalah insan yang mempunyai nilai moral yang baik di mana boleh menyumbang kepada kemanusiaan,” tambahnya lagi.
Sementara itu, Dr. Amalina turut menjelaskan kepada segelintir individu yang tidak henti melemparkan fitnah kepadanya dengan berkata tujuannya memilih untuk menetap di UK bukan perkara yang tidak berfaedah semata-mata.
“Saya bekerja, menyambung kepakaran dan membuat PhD supaya menjadi pakar terbaik dalam bidang saya.
PhD saya ditaja oleh geran NIHR UK dan saya memenangi fellowship daripada Imperial College London atas usaha saya sendiri.
“Specialist training saya dibayar oleh duit cukai rakyat UK setelah bersaing dengan beribu rakyat UK & international graduates untuk mendapat tempat dalam program ini,” ujarnya.
Untuk rekod, Dr. Amalina mendirikan rumah tangga besama pilihan hatinya, Alexander Charles pada 31 Mac 2021 di London.
Sumber: Instagram Dr. Amalina
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply