Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh wanita dikenali Syasya Syanina, meluahkan kesedihan apabila terpaksa melihat anaknya penat menaiki tangga rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) setiap hari kerana fasiliti lif sering rosak.
Baru-baru ini tular beberapa kepingan gambar dan video mengenai rintihan seorang ibu mengenai nasib yang terpaksa dihadapi oleh mereka sekeluarga termasuk jiran senasib dengannya.
Susulan itu, Syasya merasakan dirinya masih belum mampu menyediakan tempat perlindungan yang selesa untuk anak-anaknya.
“Setiap hari aku berdoa nak hidup selesa sikit. Bukan untuk aku tapi anak-anak. Aku tahu Allah tak nak bagi sekarang, Allah nak bagi nanti. Ada hikmah kita susah sekarang dengan anak-anak. Bukan aku tak bersyukur dengan rezeki Allah, bukan aku tak boleh hidup susah tapi aku tak kuat tengok anak-anak nangis, tengok anak jatuh tangga. Aku rasa berdosa biar anak hidup susah.
Syasya berkata, dia sudah empat tahun menetap di situ dan masih ada lagi segelintir orang mengatakan dirinya tidak bersyukur. Tidak, dirinya rasa bersalah kerana gagal menjadi seorang ibu yang tidak boleh menyediakan rumah terbaik terutama anaknya, Mica menangis berkali-kali cakap; Mica tak nak naik tangga.
Dalam pada itu, Syasya mendedahkan kerosakan lif tersebut sudah melebihi enam bulan dan menyusahkan ramai penghuni terutama golongan kanak-kanak, warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan ibu hamil. Meskipun sudah berkali-kali mereka membuat aduan mengenai kerosakan tersebut, ia masih sepi dan tiada tindak balas positif daripada pihak pengurusan.
Selain itu, wanita tersebut memberitahu kerosakan lif di rumah PPR miliknya menganggu persediaan anak sulungnya untuk ke sekolah agama setelah pulang dari sekolah kebangsaan pada jam 1.20 minit petang. Ini menyebakan anaknya terpaksa salin pakaian sekolah agama di masjid berhampiran dan makan di dalam kereta.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai meluahkan rasa simpati dan kasihan melihat nasib yang terpaksa di lalui oleh penduduk di PPR Kempas Permai Blok D, Johor Bahru.
Komen Netizen :
Sumber: Facebook Syasya Syanina, Buletin TV9
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply