
Shah Alam: Seorang lelaki dit4han selepas dipercayai cuba menyelvdup enam pendatang asing tanpa izin (Pati) Myanmar dari Kota Bharu, Kelantan ke Klang di Persiaran Tun Teja, Alam Impian dekat sini, semalam.
Lelaki tempatan berusia 31 tahun yang memandu Nissan Teana berwarna hitam dit4han Bahagian Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam jam 1 tengah hari.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut terhadap beg yang dipakai lelaki berkenaan menemui peralatan menghisap da4dah serta satu plastik yang mengandungi 50 biji pil berwarna merah dipercayai pil kuda.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Atipsom 2007); Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63; Seksyen 39A (1) Akta Daadah Berbahaya (ADB) 1952.
“Reman terhadap svspek warga tempatan selama 28 hari mengikut Seksyen 4 (5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 manakala enam warga Myanmar selama 14 hari.
“Pihak polis mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang ramai berkaitan kes ini. Maklumat berkenaan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Afendi di talian 016-7252948,” katanya.
Sumber : HMetro
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply