
KLANG – Seorang lelaki mati dit3mbak dari jarak dekat oleh tiga penj3nayah ketika menuju pagar rumahnya di Jalan Bawal Tambak 1, Taman Sri Gadong di sini hari ini.
RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.17 tengah malam itu, mangsa berusia 41 tahun m4ut di lokasi kejadian selepas dipercayai dit3mbak antara lima hingga lapan das.
Sejurus itu, kumpulan suspek turut bertindak men3tak mangsa mengunakan parang.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, polis menerima panggilan daripada seorang lelaki tempatan memaklumkan terdengar bunyi t3mbakan dan melihat seorang lelaki terbaring di tepi jalan.
Katanya, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa berada dalam keadaan terbaring serta berlumuran darah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
“Semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian mendapati mangsa sedang turun dari kereta jenis Volkswagen Passat dan menuju ke pagar rumahnya.
“Kemudian sebuah kereta jenis Nissan Almera berhenti di tepi jalan dengan tiga suspek lelaki meluru ke arah mangsa dan melepaskan lima hingga lapan das t3mbakan dari jarak dekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hoong Fong menambah, suspek juga dilihat men3tak mangsa mengunakan parang sebelum melarikan diri dengan menaiki kereta yang sama.
Beliau menjelaskan, semakan mendapati mangsa mempunyai 10 rekod kesal4han jenay4h lampau termasuk kes jen4yah berat melibatkan culik.
“Unit Forensik Jabatan Siasatan Jen4yah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian dan menemui beberapa barang yang boleh membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Tambah beliau, mereka yang mempunyai sebarang maklumat kes itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Mohamed Syahrir Zabidi di talian 012-26650895 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222.
Sumber Kosmo
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply