
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemukan maut dengan kakinya diikat menggunakan kain, selain kesan cedera pada muka dan telinga dalam but kenderaannya di Jalan Tugu, di sini, awal pagi tadi.
RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI
Mayat mangsa berusia lingkungan 50-an yang juga seorang pemandu e-hailing itu ditemukan selepas pihak polis melakukan siasatan ke atas kereta jenis Perodua Bezza yang ditinggalkan di lokasi kejadian kira-kira jam 6.30 pagi.
“Pihak polis kemudian melakukan pemeriksaan ke atas kereta yang ditinggalkan dan menemukan mayat lelaki terbabit dengan kakinya terikat dengan kain, manakala muka dan telinganya berdarah.
“Siasatan awal mendapati kereta berkenaan digunakan untuk khidmat e-hailing dan didaftarkan atas nama seorang lelaki yang beralamat di Bandar Putra Permai di Seri Kembangan di Selangor,” katanya ketika dihubungi.
Dalam pada itu, Azmi berkata, sehingga jam 4.30 petang ini, Polis Kuala Lumpur sudah memberkas tujuh individu membabitkan warga Indonesia dan empat daripada mereka berkemungkinan terbabit kejadian berkenaan.
Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“pandai la sgt, guna Grab, pastu bunuh pemandunya. Mmg sng la kena tangkap. Kesian pemandu grab tu hanya nak cari rezki. Kalau nk merompak, janganlah sampai membunuh. Kejam sungguh.” – Man
“Allahuakbar.. Kesiannya pemandu grab, hukum gantung smpai mati si pelaku ni…… Innalillahiwainnahilaihirojiuun.. Salam takziah buat keluarga arwah…” – Faridah
“Sejak ada warga asing yg macam macam bangsa ni pembunuhan dah jadi biasa.Allah hurobbi.” – Syidah
“Memang zalim.celaka punya pendtg asing.harap segera ditangkap dn dihukum gantung sampai mampus.salam takziah buat ahli keluarga arwah.. semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman…Aamiin” – Icha
“Saya sebagai rakyat Aceh Turut amat berduka cita atas kejadian ini, dan sangat menyokong untuk diberikan hukuman gantung kepada mereka yg melakukan tindakan jinayah yg sangat biadap ini” – Wahyudi
“Sebab itu Grab mewajibkan penumpang utk selfie sewaktu pendaftaran. Gambar selfie itulah yg mnjadi petunjuk dri pihak Grab kpd PDRM.Lagi satu, jangan biasakan buat third party request. Kalau ada apa2x yg berlaku, anda akn dituduh bersubahat.” – Fared
Sumber BH
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply