
MELAKA: Seorang lelaki berstatus suami orang dicekup berkhalwat dengan pasangan kekasihnya di sebuah hotel bajet di Banda Hilir di sini.
Lelaki berusia 40-an dan pasangannya 20-an dicekup dalam operasi dilakukan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kira-kira pukul 1.30 pagi.
“Wanita terbabit memberitahu dia mengetahui status lelaki tersebut yang merupakan suami orang.
Pasangan ini kita berjaya cekup selepas menerima maklumat awam mengenai kegiatan mereka,” jelasnya.
Tambahnya, pasangan berkenaan dibawa ke pejabat JAIM untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu bersekediaman atau berkurung (khaIwat) yang mendatangkan syak melakukan maksiat sebelum dibebaskan dengan jaminan.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali. – UTUSAN
“Sanggup ambil cuti sakit..” Bakal pengantin dicekup khaIwat malam merdeka
SUNGAI PETANI – Seorang gadis sanggup mengambil sijil cuti sakit (MC) semata-mata mahu meraikan sambutan ambang merdeka bersama kekasih di sebuah bilik hotel di sini pada Rabu.
RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI
Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd Noor Ismardi Ismail berkata, perbuatan itu terbongkar hasil serbuan kira-kira jam 2.30 pagi dilakukan oleh pasukan penguat kuasa dalam operasi sempena ambang merdeka di sekitar daerah ini pada Rabu.
Sebelum itu, katanya, dalam serbuan berasingan, seorang lelaki dikesan bersembunyi dalam siling hotel bagi mengelak ditahan penguat kuasa agama yang melakukan serbuan di sebuah hotel di Bandar Amanjaya kira-kira jam 1 pagi.
Bagaimanapun, tindakan lelaki berusia 20-an itu berjaya dikesan dan ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda bersama pasangan untuk laporan tangkapan.
Menurut beliau, operasi yang bermula jam 12 tengah malam hingga 5 pagi diketuai Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin itu turut menahan enam individu lain berusia antara 20-an hingga 40-an.
“Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 yang memperuntukkan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
“Kesemua tangkapan dikehendaki hadir ke pejabat agama mengikut tarikh ditentukan untuk tindakan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, operasi melibatkan kira-kira 70 anggota itu membabitkan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, Pejabat Agama Daerah Yan, Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu dan Pejabat Agama Daerah Kulim selain dibantu anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda dan Skuad Badar.
Hadir sama membantu operasi termasuk anggota dari Cawangan Penyiasatan Khas Sungai Petani Angkatan Tentera Malaysia diketuai Pegawai Waran 1 Mohd Faisal Suaid.
Sumber SH
Penuntut IPT Kantoi BerkhaIwat di Hotel Bajet, Beri Alasan Lucu Berkaitan Kemerdekaan
Melaka: Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) antara dua pasangan yang dicekup kerana disyaki berkhalwat di hotel bajet di Bukit Beruang dan Bachang, di sini.
“Mereka mengaku menginap bersama dengan si lelaki mendakwa mahu berehat selepas penat bermain futsal sempena ambang kemerdekaan, sambil menemani teman wanitanya itu menyelesaikan tugasan universiti.
“Namun, tiada pakaian sukan ditemui ketika pemeriksaan di bilik hotel terbabit sebelum kedua-dua mereka dibawa ke pejabat JAIM untuk tindakan lanjut kerana disyaki berkhalwat,” katanya.
Che Sukri berkata, dalam serbuan kedua di sebuah hotel bajet di Bachang, pihaknya menahan lelaki berusia 25 tahun dan pasangannya berumur 22 tahun pada jam 2.45 pagi.
Katanya, pasangan itu memberi alasan berehat di situ selepas kepenatan walaupun lelaki terbabit hanya tinggal di Cheng manakala teman wanitanya menetap di Jasin.
“Kedua-dua pasangan disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu bersekediaman atau berkurung (khalwat) yang mendatangkan syak melakukan maksiat sebelum dibebaskan dengan jaminan.
“Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Leave a Reply