
Ibu Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd. Aziz tampil mendedahkan pengalaman pahit yang dialaminya selama 15 tahun sejak bergelar isteri.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Menerusi perkongsian di Instagram Morosechild, Norashikin mengakui terkilan dengan sikap segelintir individu yang mendakwa tindakan dia dan anaknya seakan mengaibkan keluarga sendiri.
Malah mereka juga sering dihina, dituduh menipu dan menjaja cerita kononnya mereka hidup susah semata-mata mahu meraih simpati ramai.
Tidak terhenti di situ, Norashikin mendedahkan suaminya didakwa pernah mencuri telefon bimbit yang ditinggalkan individu di atas meja.
Malah pada suatu ketika, dirinya yang sedang hamil terpaksa tidur di dalam kereta kerana melarikan diri daripada Ahlong (wang yang dipinjam suami).
Ketika di Sungai Wang, dia memaksa saya tidur di dalam satu bilik yang penuh dengan lelaki sedang menghisap “ice’ sehingga saya muntah teruk kerana kesan asap ‘ice’ yang terlalu banyak dan saya sentiasa dalam ketakutan tidak tahu ke mana arah apabila melihat salah seorang dari mereka sedang, ‘high’ sedang masturbate.
Tidak ada tempat untuk saya mengadu waktu itu dia bangga ‘battle’ mabuk bersama kawan-kawannya yang lain.
Lebih mengejutkan, dia turut mendakwa dipaksa melakukan aksi tidak senonoh di dalam kereta sedangkan pada ketika itu, anak perempuan mereka berada di bahagian tempat duduk belakang.
Kami jijik. It was a nightmare for us. Terlalu banyak yang dipendam oleh anak saya. Bila kena pada anak netizen, kita kena fight!” Bila kena pada seorang pelakon, ‘Oh dia cuma belakon..”
Adakah saya mangsa? Adakah anak saya mangsa? Tidak. Kenapa tak buat report? Kenapa nak takut sangat? Pada setiap yang saya jelaskan dan tidak lagi saya jelaskan, dia tidak pernah ditangkap atau tertangkap, kerana dia punya kroni yang terlalu ramai.
Terdahulu, pelakon remaja berusia 15 tahun itu mendedahkan perbuatan tidak senonoh bapa kandungnya ketika menjadi tetamu dalam sebuah saluran Youtube.
SELEPAS mendedahkan menjadi mangsa amang seksual bapa kandungnya sendiri menerusi temu bual bersama Bros Gang TV di saluran YouTube pada Sabtu lalu, pelakon Puteri Balqis akhirnya membuat laporan polis berhudung dakwaannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata, polis menerima laporan tersebut daripada remaja berusia 15 tahun itu pada pukul 10.25 malam, Isnin lalu.
Wan Azlan berkata, dalam laporan tersebut, Puteri Balqis atau lebih mesra dengan sapaan Aqish menyatakan telah diganggu secara seksual oleh bapa kandungnya serta tidak menjaga kebajikan mangsa.
Dalam laporan sama, mangsa memaklumkan gangguan tersebut berlaku sejak tahun 2013 sehingga 2017.
“Laporan polis tersebut menyatakan mangsa juga sering dipertontonkan dengan video lucah dalam telefon bimbit bapa kandungnya dan kejadian tersebut berlaku sejak tahun 2013 sehingga 2017,” katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada Selasa.
Dalam pada itu, Wan Azlan memberitahu, kejadian berlaku semasa mangsa berusia enam tahun ketika tinggal di kawasan Subang Jaya, Selangor.
“Suspek melakukan gangguan seksual terhadap mangsa apabila ibu mangsa tiada bersama di rumah,” jelasnya.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen Kanun Keseksaan atas kesalahan mencabul, Seksyen 31 (1)(a), Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan mengabaikan seorang kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan memiliki bahan lucah.
Aqish memberitahu pengalaman pahit ketika kecil telah memberi kesan emosi yang mendalam.
Dalam temuramah itu, Aqish mendakwa pengalaman pahit itu telah memberi kesan kepada emosi dan pembentukan dirinya hari ini.
Aqish berkata, dia bertindak mendedahkan semua perkara memalukan itu kerana sudah tidak tahun apabila semua orang menyalahkan ibunya.
“Ayah Aqish seorang yang pemalas dan tidak bekerja. Aktiviti hariannya hanya bermain permainan video.
“Langsung tidak ambil tahu tentang rumah dan kereta sudah bayar ke atau mengambil berat tentang saya dan ibu. Banyak perkara yang dia sudah lakukan dan ibu saya kena tanggung sehingga kini,” dedahnya.
TONTON VIDEO DI BAWAH:
TERUK LAH BAPAK PUTERI BALQIS NI!!! Time tu budak tu baru 5 tahun!! pic.twitter.com/zttsB7jxiZ
— haney (@sharifahfahani) September 4, 2022
Sumber : Ohbulan, Mstar, Instagram Morosechild
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply