Imam yang juga kakitangan Jabatan Agama did4kwa mer0gol, meliwat adik iparnya sejak 2017 hingga Jun 2022..

Seorang kakitangan jabatan agama yang juga imam berusia 40 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas 12 pertuduhan mer0gol, meliwat dan melakukan amang s3ksual fizikal terhadap adik iparnya antara September 2017 hingga Jun lalu.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bers4lah di hadapan Hakim Sabri Ismail dan Nariman Badruddin dalam dua prosiding berasingan dan memohon untuk dibicarakan.

Mengikut enam pertuduhan, tertuduh didakwa mer0gol seorang kanak-kanak perempuan sejak mangsa berusia sembilan tahun sehingga 13 tahun.

Untuk kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum p3njara tidak kurang dari 10 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga berdepan dengan empat pertuduhan melakukan amang s3ksual fizikal terhadap mangsa dan didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (AKSTK) dan dibaca bersama Seksyen 16(1) serta Seksyen 27(1) akta yang sama.

Dua lagi pertuduhan, tertuduh yang merupakan bapa kepada empat anak itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Kes3ksaan kerana sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa persetujuan mangsa.

Kesemua perbuatan itu dilakukan tertuduh di dua lokasi berbeza di daerah Jasin antara September 2017 hingga 13 Jun 2022.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim dan Anis Najwa Nazari dalam prosiding berasingan. Mereka memohon mahkamah tidak membenarkan tertuduh diberi jaminan.

Bagaimanapun, sekiranya mahkamah membenarkan ikat jamin, kadar jaminan yang dicadangkan adalah sebanyak RM120,000 bagi kesemua 12 pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh tidak dibenarkan mendedkati mangsa dan keluarganya sehingga kes selesai dibicarakan.

Peguam tertuduh, Andrew Lourdes, merayu mahkamah mengenakan jaminan rendah dengan alasan anak guamnya mempunyai empatt anak berusia antara 16 hingga 3 tahun yang masih bersekolah, selain pendapatannya hanya RM1,500 sebulan sebagai penjawat awam.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM79,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 6 Oktober untuk sebutan semula kes

 

Diantara Komen2 Dari netizen

 

 

 

 

 

Sumber : kosmo

 

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*