“Anak Dvrjana” Janji nak tinggal kejap jer, balik kerja nanti ambik tapi sampai sekarang tak nampak batang hidung…

Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum abang & kakak semua. Hari ini aku nak share 1 benda yang cukup membuka mata aku. Umur aku dah masuk 29 tahun ni tapi masih single. Dulu masa umur aku 25 kan, aku stress sangat fikir pasal jodoh. Kawan-kawan dah bersuami beranak tapi aku masih single. Mungkin belum sampai seruan jodoh lagi. Masa ni aku bayangkan macam-macam benda buruk.

“Eh esok kalau tak kahwin and makin tua, sapa nak jaga kita? Kalau kahwin ada anak, boleh juga jaga kita andai kata dah uzur tak boleh uruskan diri”.

Mentaliti macam ni banyak makcik-makcik guna untuk brainwash aku bila depa suruh aku kahwin. Katanya dah tua kalau ada anak, nanti ada la juga orang boleh jaga.

                  

Dalam masa sama, aku banyak duduk bercerita dengan pengasas rumah kebajikan tu. Aku gelar dia as Abang Jar. Mesra orangnya.

Aku tanya-tanyalah macam mana semua warga emas ni boleh ada dekat sini?

Fuhh dekat sini nangis juga aku sebab sedih. Ada yang anak kata nak hantar kejap saja. Balik kerja jemput. Akhirnya hilaang. Kira macam buang mak sendiri la. Acah-acah hantar kejap tapi hampeh.

Ada juga yang terus tinggalkan dengan beg baju depan pagar rumah kebajikan pkul 1 pagi. Ada yang anak-anak memang literally hantar dengan niat sebab taknak jaga.

And surprisingly, nenek atuk semua ni anak-anak diaorang adalah orang yang sangat berjaya. Orang senang. Most of them

Abang Jar kata ada seorang lelaki pakai kereta mahal hantar mak dia sebab orang tua tu dah nyanyuk. Terus terang mengaku dia tak larat jaga.

Mula-mula tiap hari mesti datang jenguk. Lama-lama seminggu sekali, 2 minggu sekali, sebulan sekali, setahun 3-4 kali. Masuk tahun kedua?

Habis hilaang bayang.

Dalam kata lain memang ramai orang neglect mak ayah sendiri padahal masing-masing hidup senang.

Paling sedih bila aku tanya Abang Jar. Berapa ramai orang tua yang jenis tak ada anak dekat sini?

Maknanya orang tua yang tak pernah kahwin seumur hidup end up dikutip bawa ke sini sebab hidup seorang. Aku sumpah terkejut dengar jawapan Abang Jar.

Sepanjang bertahun-tahun dia terlibat dengan NGO melibatkan kebajikan orang tua ni, sebenarnya penghuni sebatang kara (tak kahwin & tak ada anak) tak adalah ramai sangat dekat rumah kebajikan.

Tahu paling banyak apa? Paling banyak adalah penghuni yang dihantar sendiri oleh anak mereka.

Pesanan Abang Jar yang aku takkan lupa sampai maati. Ramai orang ni jadi risau sangat bila lambat/ tak kahwin.

Bila tak kahwin, mestilah tak ada anak.

Bila tak ada anak esok tua mestilah tak ada sapa jaga.

Takkan nak harap sedara lain? Entah-entah diaorang pun rasa macam terbeban.

Asal tak kahwin saja mesti fikir alaaaaaaa esok sisa hidup masa tua mesti habis dekat rumah orang tua. Maati pun sendiri tak ada keluarga.

Tapi hakikatnya, orang yang kahwin dan hidupnya dikurniakan ramai anak pun akhirnya DIBUANG KE RUMAH ORANG TUA.

Sebab itulah wujud bidalan “1 mak memang boleh jaga 10 anak, tapi 10 anak belum tentu boleh jaga 1 mak”.

Masuk akal kan? Betul juga. Abang Jar cerita lagi. Ada juga k3s di mana pelawat rumah orang tua akan ambil warga emas ini sebagai mak/ayah angkat dia orang. Akhirnya dijaga sampai hujung hayat macam mak ayah kandung.

Yang tak pernah ada anak tapi anak sedara datang ambil dekat rumah orang tua dan sambung bela sampai hujung ny4wa.

Ksimpulannya dekat sini yang aku faham, bila kau kahwin dan ada anak, itu bukan jaminan kau akan DIJAGA oleh mereka bila dah tua nanti.

Kalau anak yang kenang budi tidaklah gamak nak buat macam tu. Tapi ingat balik kata Abang Jar. Rata-rata orang tua yang merempat dan maati sendirian di rumah orang tua adalah yang ADA ANAK.

Abang Jar cakap juga ada seorang makcik dia umur dah masuk 60-an tapi still bujang. Seorang pensyarah. Sekali pun tak pernah kahwin apalagi nak ada anak.

Orang mungkin anggap dia ksunyian. Tapi hakikatnya, dia dikelilingi anak buah yang MasyaAllah baik. Even demam sikit pun anak buah and adik beradik lain datang jenguk. Bawa ke klinik dan sebagainya.

Ada juga kenalannya yang tak kahwin, hidupnya cukup sempurna dengan kerja yang bagus. Tapi genap 40 tahun Allah tarik ny4wa. Jadi tak adalah isu merempat maati seorang dekat rumah kebajikan yang macam orang selalu cakap.

Jadi dengan perkongsian ini, aku harap gadis/ lelaki yang lambat kahwin jangan la risau sampai ke tahap fikir nanti dah tua tak ada sapa jaga. Siap dah plan nak masuk rumah orang tua mana lagi.

Mungkin Allah tak bagi kita suami/ isteri/ anak. Tapi setiap orang ada rezeki dia masing-masing. Kita tak ada hak nak judge lebih-lebih. “Fuhh kau tak kahwin esok tua maati seorang”. Tak, jangan fikir macam tu.

Entah-entah kita yang laser bagi ayat pedas, silap-silap terbalik nasib. Ingatkan dah ada anak boleh jaga masa tua nanti, sekali kau dibuang juga. Macam Abang Jar cakap, ADA ANAK BUKAN JAMINAN HARI TUA KAU AKAN BAHAGIA.

Yang penting kena selalu syukur.

Ye betul tak kahwin and takda anak, tapi mungkin Allah hadirkan orang yang baik-baik di sekeliling kita. Sayang kita macam keluarga kandung.

Tak ada anak, tapi Allah bagi ksihatan yang luar biasa sampai tua. Maati pun mudah tak ada susahkan sesiapa.

Bukanlah nak kata jangan kahwin. Tidak. Cuma itulah. Hati-hati bila kita cakap pasal kahwin dengan orang. Silap-silap hari bulan, Allah limpahkan rezeki dan jalan hidup yang terbaik pada dia.

Rezeki dia, dia punya. Rezeki kau, kau punya. Jalan hidup dia Allah yang atur baik-baik, kau siapa nak judge lebih-lebih?Salam.

Sumber Ekota

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*