
Peniaga wanita baling botol sos, amuk ‘rider’ sebab tegur siapkan order lambat
‘Disidai’ terlalu lama oleh peniaga sememangnya satu dugaan besar buat para ‘rider’. Mana tidaknya, mereka juga mempunyai tugas sendiri dimana perlu menyelesaikan pesanan pelanggan yang lain.
Namun begitu, kelewatan tersebut tidak boleh disalahkan sepenuhnya kepada peniaga kerana kadang kala pihak mereka juga kekurangan tenaga kerja lebih-lebih lagi jika mempunyai pesanan dari pelanggan yang ‘walk-in’ di kedai.
Orang lain kena sidai, orang lain yang dimaki
Tetapi, jika sudah 50 minit namun masih belum lagi menyelesaikan pesanan, siapa yang mampu bersabar.
Hal ini samalah seperti perkongsian yang dibuat Malaysia Update di TikTok apabila memuat naik video seorang peniaga wanita mengamuk kerana rider merungut pesanan lambat disiapkan.
Link video original wanit baling botol sos pada rider sila klik sini
Baling botol sos
Susulan daripada itu, peniaga wanita tersebut mulai mengamuk dengan memaki hamun rider berkenaan sebelum membaling botol sos ke arah rider yang merakam video.
Dia yang berang aksi amukannya dirakam telah marah besar sebelum ditenangkan oleh seorang lelaki yang sedang sama-sama menyiapkan pesanan pelanggan.
Ramai nak rasa air tangan akak
Perkongsian berkenaan telah tular dan turut dimuat naik semula di Twitter sehingga mendapat pelbagai maklum balas dari warganet.
APA NI?!!!
Aku rasa kakak ni waktu sekolah menengah mesti wakil sekolah acara lempar cakera. Mantap sungguh lontarannya mengenai sasaran.Tapi sabarlah kak.
Pelanggan tunggu sampai 50 minit nak rasa air tangan kakak, pasti ada kelebihannya, an? Usahlah mereka dimaki hamun. pic.twitter.com/9ZhUNETFmp— Adam The Plant Dad ⚯͛ (@ATMology) September 12, 2022
Kalau aku memang terus bla
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet telah menyebelahi rider tersebut dan kurang senang dengan cara peniaga wanita berkenaan melayani rider serta pelanggan.
Disebabkan itu, ada juga pihak yang memerli tindakannya dengan berpendapat jika tidak mampu untuk memenuhi pesanan pelanggan, tidak usahlah membuka aplikasi atas talian sehingga menyusahkan diri sendiri dan orang lain.
Sumber: TikTok malaysiaupdate, Twitter @ATMology
Diantara komen2 dari pembaca
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply