
Selepas lima tahun menjanda, penyanyi Mimi Fly mengakui sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki kulit hitam yang juga merupakan seorang doktor pakar tulang belakang dikenali sebagai Antonio Rozier.
Bagaimanapun, ada yang menganggap penyanyi itu sudah pun berkahwin dengan lelaki berusia 40 tahun itu selepas Mimi pulang ke kampung halaman kekasihnya di Dallas, Texas, Amerika Syarikat.
Memetik Harian Metro, Mimi menafikan dakwaan itu serta mengatakan dia belum memikirkan mengenai soal kahwin dan seronok menjalani perhubungan jarak jauh bersama kakasihnya.
“Setakat ini saya okay dan baik-baik saja dengan perhubungan jarak jauh ini. Saya menikmatinya, tak ada nak fikir sangat mengenai kahwin ini. Sebab saya dah pernah kahwin sebelum ini dan bercerai. Apabila dah bercerai, saya tak fikir sangat soal kahwin.
View this post on Instagram
“Buat masa sekarang, perhubungan yang jarak jauh ini sangat menjadi untuk saya. Sebab boleh fokus kerja kemudian ambil cuti dan kami boleh berjumpa. Jadi, perhubungan sebegini sesuai dengan saya. Ia mengajar saya macam mana nak sesuaikan diri dengan pasangan dan layan pasangan,” katanya.
Ditanya sama ada dia masih trauma dengan perkahwinan terdahulu sehingga belum mahu berkahwin lagi, Mimi berkata ianya tentang soal kepercayaan dan mahu mengambil masa terlebih dahulu.
“Bukan trauma, tapi isu kepercayaan. Saya dah pernah kahwin, jadi tahu ada fasa tertentu dalam perhubungan itu. Jadi selepas dah bercerai, saya nak ambil masa kalau nak kahwin lagi. Sebab sekarang saya mahu menikmati masa.
“Saya berjumpa dengan pasangan yang sama sibuk dengan saya. Dia doktor, jadi bila jumpa dia, keluarganya pun suka dan mereka layan saya dengan baik. Sekarang saya suka perhubungan macam ni, ia menarik. Tapi sampai situ lah dulu, tak adalah fikir nak kahwin lagi,” katanya.
Terdahulu, Mimi pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015 namun bercerai pada November 2017.
Mimi Fly Balik Kampung Kekasih Di AS, Dapat Gelaran Rihanna Malaysia
Selepas lima tahun menjanda, penyanyi Mimi Fly mengakui sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki kulit hitam yang juga merupakan seorang doktor pakar tulang belakang dikenali sebagai Antonio Rozier.
Baru-baru ini, Mimi dikhabarkan pulang ke kampung halaman kekasihnya di Dallas, Texas, Amerika Syarikat.
4.965 C567.633,73.296 568.659,71.625 569.425,69.651 C570.167,67.743 570.674,65.562 570.82,62.369 C570.966,59.17 571,58.147 571,50 C571,41.851 570.966,40.831 570.82,37.631″>View this post on Instagram
Menerusi entri itu, penyanyi berusia 36 tahun itu tidak lokek memuat naik gambar bersama kekasihnya serta momen ketika bersiar-siar di negara tersebut.
Perkongsian Mimi itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tumpang gembira melihat kebahagiaan penyanyi itu bersama kekasihnya. Malah, ada segelintir netizen menggelarkan Mimi seperti penyanyi popular antarabangsa iaitu Rihanna.
View this post on Instagram
Sebelum ini, Mimi mengaku menjalin hubungan dengan jejaka itu sejak dua tahun lalu. Ujarnya lagi, dia tidak rasa takut berkawan dengan lelaki kulit hitam serta mengatakan kekasihnya itu banyak memberi sokongan kepadanya untuk jadi manusia lebih baik.
Terdahulu, Mimi pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015 namun pasangan tersebut bercerai pada November 2017.
Diantara Komen2 Dari Pembaca:
sumber : IG MimiflyHM/rotikaya
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply