
HARAPAN Nur Sajat untuk bertemu dua anak angkatnya iaitu Syaza dan Syahmi yang setia menanti di Program Pengantin Expo Singapura bertukar hampa apabila usahawan sensasi itu diusir pulang ke Australia sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura pada Sabtu.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Memaklumkan mengenai perkara itu, Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 37, berkata, dia akur terpaksa pulang ke Australia kerana permohonan visa untuk masuk ke negara itu masih belum diluluskan.
“Dua tahun kita tidak berjumpa, Ummi nak sangat jumpa anak-anak Ummi. Ini sahaja peluang yang Ummi jumpa anak Ummi. Maafkan Ummi sayang. Ummi kena hantar balik ke Australia,” luahnya.
Terdahulu, tular video memperlihatkan Syaza dan Syahmi muncul di atas pentas program berkenaan sambil menangis menahan kerinduan terhadap Sajat sambil ditenangkan oleh pengacara, Roslan Shah.
Sajat yang sebelum itu dalam menahan sebak ketika muncul dalam video siaran langsung memberitahu tidak sabar untuk bertemu dengan anak-anaknya dan dalam perjalanan ke Singapura.
Usahawan itu dilaporkan bakal membuat kemunculan di acara itu pada Jumaat lalu namun kelibatnya langsung tidak kelihatan.
Untuk rekod, Sajat pernah mencetuskan misteri apabila gagal dikesan pihak berkuasa selepas waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada 23 Februari tahun lalu.
Sajat berjaya meloloskan diri ke Thailand ketika negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKP).
Persembunyian usahawan itu akhirnya terbongkar apabila dia ditahan pihak Imigresen Thailand pada 8 September 2021 di sebuah kondominium di Bangkok atas tuduhan memiliki pasport tidak sah.
Ketika itu, Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNCHR) sebelum berhijrah ke Australia.
Tonton Video Penuh : SILA KLIK DI SINI
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply