Jadikan 2 anak perempuan hamba s3ks selama 7thn Bapa dikenakan penjara selama 428 tahun

Melaka: Lelaki yang menjadikan dua anak kandung berusia 15 dan 19 tahun sebagai hamba s3ks sejak tujuh tahun lalu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, atas 28 pertuduhan termasuk mer0gol dan melakukan s3ks luar tabii.

Tertuduh berusia 56 tahun itu membuat pengakuan sejurus dibacakan semua pertuduhan itu oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Sepanjang prosiding tertuduh yang memakai baju-T hitam serta berseluar panjang warna coklat kelihatan sugul di kandang pesalah dan hanya menundukkan kepala.

                   

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu tempat sama pada tarikh dan masa berlainan antara 4 Mei 2019 hingga 5 September 2022.

Bagi kesalahan mer0gol, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukum p3njara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta 10 sebatan jika disabitkan.

Pertuduhan melakukan s3ks dengan memasukkan objek ke bahagian sulit mangsa dikemukakan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman p3njara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan denda serta sebat.

Kesalahan amang s3ksual fizikal pula didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dibaca bersama seksyen 16 akta sama, jika disabitkan boleh dipenjara sehingga 30 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan melakukan persetvbuhan bertentangan aturan tabii, bapa kepada lima anak itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret tertuduh turut mengaku bersalah atas pertuduhan berasingan melakukan ugutan jen4yah dan mendatangkan ketakutan terhadap isterinya berusia 47 tahun dengan mengatakan mahu membvnuhnya dan anak-anak di tempat sama, pada 5 September lalu, kira-kira jam 11 pagi.

Dia didakwa melakukan kesalahan Seksyen 506 kanun sama, membawa hukuman p3njara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya (mendatangkan ketakutan) dan penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali (ugutan bvnuh).

Hakim Nariman dan Majistret Mazana Sinin bagaimanapun menangguhkan esok untuk fakta dan hukuman terhadap tertuduh selepas dipohon Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari dan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Nora Yaacob yang menjalankan pendakwaan berasingan bagi menyediakan fakta kes.

Terdahulu, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 bagi semua 29 pertuduhan sementara menunggu keputusan hukuman esok.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memaklumkan mahkamah dia tiada wang untuk membayar ikat jaminan selain menghidap pelbagai penyakit termasuk, sakit kulit kronik, sakit jantung, diabetes dan darah tinggi.

Berikutan tidak mampu membayar ikat jamin, tertuduh yang beristeri dua itu kemudiannya dit4han polis sementara menunggu keputusan hukuman esok.

Sumber HM

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*