Penyewa nak pitam ! Pelajar IPT buat rumah sewa jadi pusat sampah… “Siap jumpa ‘bong’ sy4bu, seluar dalam reput atas lantai”

RUNGUTAN pelajar universiti dalam dilema gara-gara kolej penginapan penuh atau kadar sewaan rumah sewa semakin tinggi bukan perkara baharu.

Namun dalam masa sama sedarkah kita bahawa ada segelintir pemilik rumah turut pening kepala apabila berdepan dengan sikap penyewa dalam kalangan pelajar universiti yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Zeeda Aziz, katanya dia pernah membuka peluang kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menyewa di apartment miliknya di Bangi, Selangor.

“Waktu tu saya masih naif dan bersangka baik. Deposit rendah, harga sewa murah, apartment pun fully furnished. Saya siap belikan tilam untuk penghuni.

“Tamat satu semester, rumah dipulangkan dalam keadaan yang tak terluah dengan kata-kata. Terduduk saya tengok rumah hancur,” tulisnya di Facebook.

penyewa dari neraka 4

Sampah yang ditinggalkan di rumah sewa. -gambar hiasan / Facebook Hang Dhamin

Menurut Zeeda, seminggu dia dan suami terpaksa menyewa di hotel semata-mata untuk berulang-alik bagi membersihkan rumah yang disewakannya kepada pelajar universiti.

“Lantai yang berdaki, bilik air berlumut kuning hijau. Mangkuk tandas nak saya cerita tak warnanya? Pintu kabinet dapur pecah diterajang penghuni.

“Bong untuk hisap syabu dijumpai. Kotak rokok, kondom, spenda (seluar dalam) reput. Semua berterabur di atas lantai ruang tamu.

“Yang menyewa ni anak-anak bangsa saya sendiri yang saya anggap sebagai anak. Tapi kenapa hauk sangat perangai?” soalnya dengan nada kesal.

 

penyewa pelajar IPT 1

Luahan seorang pemilik rumah sewa.

 

Selain rumah sewa yang kotor dan tidak terurus, pemilik kediaman itu turut membangkitkan tentang tunggakan bil elektrik yang tidak dilangsaikan oleh penyewa terdahulu.

“Bil TNB tertunggak RM1,500. Siapa yang bayar? Makcik kaki satu ni le. Budak-budak ni dah lari,” katanya yang merujuk dirinya sebagai orang kelainan upaya (OKU).

Tambah Zeeda deposit rumah sewa tidak dapat menampung bayaran bil yang tertunggak.

 

“Jangan guna alasan orang susah untuk jadi penyewa yang tidak bertanggungjawab.”

ZEEDA AZIZ

 

Kisah rumah sewanya tidak terhenti setakat itu, dia masih memberi peluang kepada sekumpulan pelajar universiti untuk menyewa apartmentnya.

Malah, kali ini dia mendapatkan khidmat peguam untuk perjanjian sewa rumah dan deposit yang dikenakan agak tinggi, tetapi akan dipulangkan sekiranya rumah ditinggalkan dalam keadaan baik.

penyewa dari neraka 3

Antara komen netizen.

 

Namun selepas tiga bulan, perkara yang sama terjadi pada rumah sewanya sehingga dia dan suami ‘demam-demam’ mengemasnya.

“Allahu ranap lagi… rumah tunggang terbalik. Sampah tak dibuang, singki berkerak, bilik air macam uwerkkk.

“Budak-budak ni desak saya pulangkan duit deposit, merayu cakap mereka datang daripada keluarga yang susah dan perlukan duit.

“Saya tanya mereka, apa jadi dengan janji yang mereka buat setiap bulan? Jangan guna alasan orang susah untuk jadi penyewa yang tidak bertanggungjawab.

“Saya kata, tenancy agreement tu dibuat dengan kehadiran peguam. Malang sekali budak-budak ni yang langgar peraturan yang tertulis dalam perjanjian,” katanya yang perlu membaik pulih kerosakan yang bernilai ribuan ringgit.

 

penyewa pelajar IPT 2

Perkongsian di Facebook Zeeda Aziz.

 

Menurut wanita itu lagi, rata-rata pemilik rumah sekarang takut menyewakan rumah kepada pelajar dan meminta ibu bapa sentiasa memeriksa rumah sewa anak-anak mereka.

“Ajar anak-anak menghormati harta benda orang lain walaupun sewa dibayar.

“Nak kasihan kat students yang baru nak mula hidup ni? Masalahnya saya kena dengan students yang baru nak mula hidup ni la.

“Nanti ada orang marah saya pukul rata. Saya hanya cerita pengalaman saya dan saya tak suka ambil risiko banyak kali.

“Kepada students yang masih mencari-cari rumah sewa, aunty hanya boleh cakap good luck. Salahkan senior-senior hangpa yang meninggalkan trauma kepada pemilik-pemilik rumah ni,” tulisnya di Facebook sehingga dikongsi 2,000 kali.

 

Sumber : MStar

 

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*