
Seorang lelaki dipercayai guru agama di sebuah pondok madrasah di Daerah Nong Chik ditembak mati tengah malam tadi, lapor Wartani Melayu.
RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI
Mangsa, Abdul Muthalib Awang ditembak ketika sedang dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki motosikal dari pos kampung sekitar jam 12.30 tengah malam.
Menurut Wartani Melayu, mangsa merupakan seorang guru agama yang mengajar di Sekolah Madrasah Al-Islamiyah Wittaya atau lebih dikenali sebagai Pondok Kubang Buaya.
Rundingan damai tersebut melibatkan Panel Kerajaan Thailand dan BRN yang bertujuan mencapai agenda mengurangkan keganasan semasa bulan Ramadan dengan pelaksanaan ‘Inisiatif Pendamaian Ramadan’.
Rundingan yang berlangsung selama dua hari itu telah mencapai perbincangan yang positif dengan menekankan tiga isu iaitu mengurangkan keganasan, konsultasi awam dan penyelesaian politik.
Walaupun begitu, masih terdapat laporan bahawa tentera Thailand masih aktif dalam penggunaan undang-undang operasi pos pemeriksaan dan rondaan di dalam hutan.
Tindakan tentera Thailand tersebut dilapor menimbulkan kerisauan kepada warga Patani bahawa keganasan berkemungkinan akan berlaku lagi ketika Ramadan.
Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين
Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..
Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..
Sumber: Wartani Melayu
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply