Amin ldris sahut amaran suami Ustazah Siti Afifah “Nak saman silakan..” akhirnya ini yang berlaku

Nama Ustazah Siti Afifah rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. pelbagai kenyataan yang dilihat agak kontroversi telah mencuri perhatian warganet di media sosial sehingga beberapa agamawan seperti Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan hal sebenar.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Dia dan suami turut pernah ditegur oleh sebilangan pendakwah agar tidak mengeluarkan kenyataan agak mengelirukan kerana boleh mengakibatkan umat Islam menerima maklumat yang kurang tepat.

          

       

Dalam video tersebut, penceramah itu mengatakan akan membawa isu ini ke mahkamah dan akan menfailkan saman kepada beberapa individu yang dikatakan menfitnah mereka.

Ujar mereka, hal saman menyaman ini sedikit pun tidak mereka hairankan tetapi lebih kepada jenayah menfitnah yang telah dilakukan oleh beberapa pihak terhadap mereka.

Selar kenyataan Dato’ Dr Danial juga? Pasangan suami isteri itu juga menyelar pendakwah terkenal, Dato’ Dr Danial yang dikatakan tidak tabbayun sehingga memperlekehkan orang lain sewaktu mengulas isu video kontroversi berkenaan ‘makan ubat tahan saklt masuk ner4ka?‘

Sesama Islam pun nak bergaduh. Perkongsian semula video yang dibuat pengguna TikTok dikenali sebagai myramalik itu telah menuai pelbagai maklum balas daripada netizen.

Kebanyakan mereka berasa pelik dengan pasangan penceramah ini kerana apa yang dikatakan sebelum ini adalah keluar dari mulut mereka sendiri.

Penceramah bebas, Ustazah Siti Afifah dan suaminya baru-baru ini dikatakan akan menfailkan saman ke atas beberapa pihak yang terdiri daripada pendakwah bebas serta pakar motivasi kerana mendakwa difitnah berkaitan beberapa isu kontroversi sebelum ini.

Kenyataan tersebut dibuat menerusi siaran langsung di media sosial milik mereka dan ada menyebut beberapa nama seperti Amin Idris, Dato’ Dr Danial dan seorang lagi pendakwah.

Susulan daripada itu, pakar motivasi dan juga personaliti TV, Amin Idris telah membalas kenyataan tersebut di ruangan Instagram dan Facebooknya dengan mengatakan tidak gentar untuk disaman.

    

Dalam hantaran tersebut, Amin membidas semula apa yang diperkatakan suami kepada Ustazah Siti Afifah dengan menyimpulkan apa yang diucapkan oleh mereka semua ‘takpe’, namun apabila dikritik mereka mulai ‘melenting’.

Ujarnya, dia mempersilakan pasangan suami isteri itu untuk menyamannya kerana peguam dipihaknya sentiasa bersedia setiap masa.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet yang kebanyakkanya mereka menyokong tindakan Amin Idris kerana sudah ‘penat’ dengan segala kenyataan yang dibuat oleh pasangan pendakwah itu.

Ada juga yang merasakan tindakan menegur sesama pendakwah tidak salah dan seharusnya mereka mengucapkan terima kasih, bukannya melenting sehingga mengelirukan banyak pihak lagi.

Sumber Omm via belumbalik

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*