Tragedi Tanah Runtuh, Waris Nurul Azwani terima pencen penakat Perkeso

Kuala Lumpur: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyerahkan faedah pengurusan mayat (FPM) dan bayaran berkala pencen penakat kepada waris salah seorang mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm di Batang, Kali, Selangor, Jumaat lalu.

Bayaran itu diserahkan Menteri Sumber Manusia V Sivakumar kepada ibu mangsa Allahyarhamah Nurul Azwani Kamarulzaman iaitu Siti Esah Hassan, 53, di kediamannya di Lorong Haji Abdullah, di sini.

Sivakumar berkata, waris mangsa yang bekerja sebagai pembantu kantin di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Mun Choong, menerima bayaran FPM sebanyak RM2,000 dan pencen penakat kira-kira RM238 sebulan.

Katanya, Nurul Azwani adalah antara enam pencarum Perkeso yang layak menerima FPM berjumlah RM2,000 dan pencen penakat dianggarkan bernilai RM475 hingga RM2,500 sebulan.

“Semakan dibuat Perkeso mendapati Allahyarhamah adalah pencarum Perkeso di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

“Mangsa mengikuti rombongan perkhemahan kerana menemani dua anak majikannya yang juga guru di sekolah itu,” katanya pada sidang media, di sini.

Hadir sama ialah Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Tragedi tanah runtuh di laluan Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya itu mengorbankan 24 mangsa manakala 60 lagi lagi berjaya ditemui selamat.

Pada masa sama, Sivakumar berkata, penyerahan faedah kepada lima waris mangsa lain akan disempurnakan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, Perkeso juga sedang menyemak jumlah bayaran pencen penakat untuk waris setiap mangsa.

“Bagi tiga mangsa yang identiti masih belum dikenal pasti oleh pihak berkuasa, Perkeso akan meneliti bentuk faedah yang layak diterima selepas mereka diisytiharkan meninggal dunia oleh Mahkamah Tinggi, selaras dengan peruntukan undang-undang berkaitan orang hilang,” katanya.

Sementara itu, Siti Esah berkata, selepas empat hari kehilangan anak sulungnya itu, beliau mengakui hatinya masih ‘kosong’ berikutan selama ini, Nurul Azwani adalah penemannya di rumah selama ini.

Siti Esah yang mengakui rindu terhadap Nurul Azwani masih menebal apatah lagi anaknya itu suka tersenyum, berkata sumbangan diberikan PERKESO akan digunakan sebaiknya bagi kelangsungan hidup berikutan dirinya sudah tidak bekerja.

“Selepas dimaklumkan berlakunya kejadian tanah runtuh itu dan ayah kepada bos anak saya memaklumkan dia terkandas, saya sudah berasa tidak sedap hati dan tahu tiada harapan.

“Saya tidak boleh melihat paparan berita sebab anak saya salah seorang mangsanya…luluh hati saya dan saya sentiasa sedekahkan Al-Fatihah setiap kali rindu,” katanya.

“Dia yg jaga saya slpas ayahnya pergi..” lbu menangis kenal pasti jenazah anak mangsa tanah rntuh

 

Salah seorang mangsa tanah runtuhNurul Azwani Kamarulzaman menjadi perhatian netizen hari ini yang simpati terhadap tragedi di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Batang Kali, semalam.

RAKAMAN VIDEO MENYAYAT HATI ADA DI BAWAH SEKALI

Menurut laporan Harian Metro, sepupu mangsa Nor Azman Mat Zain berkata, Allahyarham yang bekerja di kantin Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong mengikut rombongan itu sejak Rabu lalu.

     

“Namun, selepas mendapat maklumat mangsa yang meninggal dunia dibawa ke sini, saya bergegas semula ke sini sejak semalam.

“Mak arwah dan keluarga lain pula baru datang petang tadi,” ujarnya.

Nor Azman berkata, kali terakhir mereka bertemu adalah pada Rabu lalu selain menyatakan bahawa arwah yang belum berkahwin merupakan individu menjaga ibunya selepas kematian bapa.

Tambahnya, Allahyarham mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap keluarga dan juga seorang yang periang.

“Arwah ada tiga beradik, dia anak sulung. Adiknya sudah berkahwin. Arwah periang dan sederhana saja orangnya. Dia pun tidak ada masalah dengan orang lain,” kongsinya.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Kampung Batu untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur sebaik semuanya selesai.

“Innalillahiwainailahirajiun.. Salam Takziah buat keluarga. Sayu hati baca luahan ibunya.. anak sulung yg menjaga ibu. Semoga rohnya ditempatkan bersama org2 beriman dan para solehin..” – Haney Kaori

“Smg tbh hdpi ujiaan ini..slm tkziah buat kluarga arwah..smg arwah dtmptkn dklgn org yg beriman aamiin yarobbalalaminnn” – Zubaidah

“Allahuakbar… Innalillah.. Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman Dan beramal soleh… Aamiin… Org baik Allah sayang… Insyaa Allah” – Lani Yani

“Innalillahirojiun..salam takziah..alfatihah..tiada upaya itu lah ketentuan ilahi..semoga si ibu trus tabah dgan dugaan di dunia..” – Zainon

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir) , Facebook Malaysia Gazette

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*