
TENOM: Pendakwah bebas, Firdaus Wong yang memberi keterangan pada perbicaraan kes ganggvan s3ksual dihadapi Ebit Lew, memaklumkan dia melihat beberapa mesej dan gambar lvcah dalam telefon bimbit milik wanita yang mend4kwa menjadi m4ngsa, termasuk gambar kem4lvan lelaki.
RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI
Saksi berkenaan yang juga pengasas dan presiden sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Multiracial Reverted Muslim (MRM), menyambung keterangannya pada prosiding yang bersambung hari ini sehingga Khamis selepas ditangguhkan pada 30 September lalu.
Perbicaraan kes menarik tumpuan ramai itu bermula 27 September lalu dan setakat ini sudah menampilkan tiga saksi.
Firdaus Wong turut memberitahu mahkamah, dia melihat terdapat gambar kemalvan lelaki yang dihantar kepada pengadu dalam perbualan wanita itu dengan Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim, 37.
Terdahulu, Ebit Lew tiba di bangunan mahkamah pada jam 9.50 pagi dengan menaiki pacuan empat roda berwarna hitam dan ditemani peguam.
Pada 18 Februari lalu, pendakwah selebriti berkenaan didakwa atas 11 pertudvhan, termasuk meng4ibkan keh0rmatan seorang wanita berumur 41 tahun di daerah Tenom.
Tertuduh antara lain didkwa menghantar perkataan lvcah ke nombor telefon m4ngsa melalui aplikasi WhatsApp, antara Mac dan Jun tahun lalu.
Ebit Lew sebelum ini dikenakan ikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan selepas mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan yang dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Pendakwah selebriti berkenaan berdepan hukvman penjra sehingga lima tahun atau d3nda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sumber BH
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply