
Pelakon, Janna Nick menjadi bualan hangat netizen sejak kebelakangan ini dek kerana dakwaan isu putus cinta bersama kekasihnya, Dini Schatzmann.
Namun, disebalik isu tersebut, netizen turut bercakap mengenai bentuk badan Janna yang dikatakan sudah ‘berisi’.
Jenis senang turun dan naik
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, netizen membuat dakwaan di mana bentuk badan Janna merupakan punca utama teman lelakinya itu ‘lari’.
Susulan daripada itu, Janna dilihat tenang menjawab komen tersebut.
Kita sejenis kembang kecut. Nak kecut sekejap nak kembang pun sekejap. Tapi takpe, orang prihatin. Jadinya, kita bersenam lah ye.
Gemvk boleh kurus, tiada masalah. Bagi saya satu minggu ye.
Dalam video yang dimuat naik itu, kelihatan pengacara program ‘Famili Duo’ tersebut sedang melakukan beberapa jenis senaman sebagai jawapan kepada komen yang dilontarkan kepadanya.
Kata-kata semangat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kurang bersetuju dengan tubuh badan yang gemvk menjadi sebab lelaki tawar hati pada pasangan.
Dan pada masa yang sama, pelbagai kata-kata sokongan yang diberikan kepada Janna untuk tidak menghiraukan komen-komen sebegitu.
Nampak Janna Nick & Dini Schatzmann Keluar Bersama, Netizen Husnuzon – ‘Dah Putus Masih Boleh Kerja Sama’
Pelakon Janna Nick akhirnya membuka mulut mengenai kisah percintaannya dengan Dini Schatzmannn yang didakwa sudah putus sejak November lalu.
Individu nampak Janna & Dini berdua
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Eyka Nabielaa di TikTok, memaparkan pasangan itu berada di Pusat Peranginan Genting Highlands, Pahang.
Mereka putus betul-betul ke tak? Ke sebab marketing je ni. Hope you guys kekal.
Dalam pada itu, kelihatan Janna seperti sedang membuat reviu manakala Dini merakamnya.
Terdahulu, pelakon berusia 27 itu mengakui masih berkawan dengan Dini sebagai rakan dalam sebuah syarikat dan isu unfollow akaun Instagram milik aktor terbabit sudah lama.
Betul ke ni’
‘Dini kerja dengan Janna’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa pasangan itu sudah putus. Malah, ada juga di antara mereka yang mengatakan jika sesebuah hubungan itu berakhir tidak semestinya mereka tidak boleh berkawan.
Sumber : eykanabielaa_
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply