“Saya bukan biadap..” Ini tindakan gadis 16 tahun ini sampai buat laporan polis terhadap netizen

Minggu lalu, salah seorang peserta ‘All Together Now Malaysia’ musim ke-2 (ATNMY2) telah menerima kec4man hebat susulan memberi jawapan sarkastik apabila ditanya oleh Catriona Ross.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Terdahulu, gadis dikenali sebagai Fieqa itu meraih cuma 6 markah selepas menyampaikan lagu ‘Ku Milikmu’ daripada Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Teruk dikecam netizen 

        

        

Fieqa yang fokus mendengar kemudian membalas: “Thank you minta maaf lagi sekali,” katanya.

Menerusi ruangan kapsyen, Catriona turut berpesan 111 supaya tidak melupakan empat perkara yang diamalkan sejak berkarier sebagai pelakon. “Apa pun impian kita, siapa pun kita atau who we wish to become, kita jangan pernah lupa empat perkara yang akan saya sebutkan buat ingatan kita bersama.

Kepada semua, apa pun saya bergerak ke depan & memperbaiki diri…biar family & kawan-kawan tahu dah cukup. Selepas klip segmen komen nyanyiannya tular di media sosial, peserta ATNMY2 itu tampil bersuara.

Walau apa pun yang berlaku, Fieqa akui sering memperbaiki dirinya. Tambahnya lagi, cukup hanya keluarga dan rakan terdekat tahu apa yang berlaku terhadapnya pada masa itu.

Saya mengaku silap sebagai manusia biasa… yang bercakap to macam tahu je apa jadi belakang stage

Walaupun mengaku bersalah, namun dia tidak mahu membuang masa untuk beri penjelasan lanjut mengenai kontroversi itu.

Baginya, masyarakat takkan ambil kisah pun apa yang benar atau salah di pihaknya. Kata Fieqa lagi, orang luar juga tidak tahu apa perkara sebenar yang terjadi di belakang pentas.

Buat laporan polis

Memetik portal Astro Gempak, Fieqa akhirnya tampil jelaskan situasi sebenar sepanjang menyertai program realiti berkenaan.

Sambil menyatakan permohonan maaf, gadis ini akui bahasa tubuh yang dianggap biadap sebelum ini hanyalah reaksi spontan disebabkan dirinya terlalu gemuruh.

Katanya lagi, dia juga panik memandangkan kali pertama sertai pertandingan sebesar itu selain dinilai oleh 50 juri selebriti terkenal.

  

Namun begitu, kritikan yang diterima di laman sosial disifat agak keterlaluan. Bukan setakat melibatkan ibu bapa, malah pelajar Tingkatan 4 ini turut dihamburkan pelbagai gelaran tidak senonoh.

Malah demi keselamatan dan maruah diri, Fieqa bersama keluarganya sudah buat laporan polis di Bangi khususnya terhadap netizen yang hantar ugutan dan kecaman melampau padanya.

  

Kredit : IG Story aafiqariduan & Astro Gempak

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*