Inspekt0r mengaku tdk s4lah sebab dia r3la

SUNGAI PETANI: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan mer0gol dan melakukan amang s3ksual terhadap seorang remaja perempuan di bilik pejabatnya pada 28 Disember

tahun lalu.

Tertuduh, Inspektor Mohd Maliki Azmi, 35, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid di Mahkamah Sesyen, Sungai Petani, hari ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mer0gol seorang remaja perempuan yang kini berusia 16 tahun dengan kerelaan mangsa menggunakan kedudukan berkuasa dimilikinya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada jam 6.30 petang 28 Disember tahun lalu di dalam bilik pegawai penyiasat jen4yah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan yang jika didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Sementara itu, Mohd Maliki turut didakwa atas tiga pertuduhan berasingan mengikut Akta Seksual Kanak-kanak kerana melakukan amang s3ksual terhadap mangsa sama.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan ke atas remaja perempuan berkenaan pada tarikh, masa dan lokasi sama.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang s3ksual dengan cara menyentuh kem4luan mangsa bagi tujuan maksud s3ksual.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Kesalahan S3ksual Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.

Mohd Maliki juga didakwa atas pertuduhan memaksa mangsa memasukkan objek ke dalam alat sulitnya.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(c) Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta yang sama.

Manakala bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa meyuruh mangsa menanggalkan pakaian dan menunjukkan badannya supaya dilihat tertuduh dengan niat s3ksual.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 15(a)(ii) Akta Kesalahan S3ksual Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Jika sabit bersalah terhadap semua pertuduhan itu, tertuduh boleh dihukum penj4ra sehingga 20 tahun dan juga sebat.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hizween Azleena Othman Kamal, Zulfadzly Hassan dan Nurul Natasha Rizal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Hizween Azleena memohon mahkamah menetapkan jaminan RM20,000 bagi pertuduhan rog0l dan RM15,000 bagi pertuduhan amang seksual.

Beliau turut memohon mahkamah memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis sekali sebulan dan menyerahkan dokumen perjalanannya sementara menunggu perbicaraan.

Bagaimanapun dalam rayuan tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jaminan kerana dia hilang sumber pendapatan dan mempunyai isteri serta ibu bapa untuk ditanggung selain mempunyai hutang yang semakin meningkat.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM10,000 bagi pertuduhan rog0l dan RM15,000 bagi pertuduhan serangan s3ksual.

Tertuduh bagaimanapun membayar jaminan tersebut.

Mahkamah turut menetapkan 6 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula.

 

Rentetan cerita sebelum ini

 

Seorang remaja perempuan membuat lap0ran mend4kwa menjadi m4ngsa r0gol pegawai penyiasat berpangkat Inspektor ketika berada di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini, pada Rabu lalu.

                  

“Pegawai polis itu kemudian memegang kem4luan m4ngsa dan diminta supaya baring atas katil yang ada dalam bilik berkenaan dalam keadaan tanpa seurat benang (b0gel),” katanya.

Menurutnya, pada masa sama pegawai berkenaan gagal meng4wal n4fsunya dan terus mer0gol remaja terbabit.

“Pegawai polis berkenaan telah memberi alasan alat yang digunakan untuk membuat pemeriksaan ke atas m4ngsa gagal berfungsi dengan baik.

“Walaupun takut namun m4ngsa tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu membiarkan tubuhnya din0da inspektor berkenaan,” katanya.

Menurutnya, m4ngsa mend4kwa yang kejadian itu berlaku hampir 30 minit dan selepas itu dia diminta pegawai polis terbabit memakai kembali pakaiannya selain turut diberitahu yang k3s berkenaan belum selesai serta diarahkan kembali untuk siasatan.

“Susulan daripada itu, m4ngsa yang sudah tidak bersekolah tampil membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit selepas tiga hari ia berlaku dan dia juga dipanggil ke IPD untuk memberi keterangan.

“Remaja perempuan itu juga sudah dibawa menjalani pemeriksaan di hospital dan sepasukan polis unit forensik yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian turut menemui beberapa kesan dipercayai air mani pada cadar serta sarung bantal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan laporan dan penahanan pegawai berkenaan namun enggan mengulas lanjut keana siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan.

Sumber BH

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*