
Melaka : Jurulatih pasukan bola tampar Melaka B-14 (wanita), Saiful Hadee Amar tampil memohon maaf kepada semua pemain yang terlibat termasuk ibu bapa, Persatuan Bola Tampar Melaka, dan seluruh komuniti bola tampar susulan kontroversi dia menampar dua pemain baru-baru ini.
Memetik video yang dimuat naik Astro Awani, jurulatih itu berkata, dia berasa kesal dan terbuka menerima tindakan daripada di atas perbuatannya.
Jelasnya lagi, dalam gaya latihan dia sebenarnya menggunakan beberapa pendekatan antaranya psikologi, pendekatan intensif dan pendekatan fizikal dalam membentuk pemain demi menaikkan semangat sebagai seorang yang sentiasa berjuang.
Pemain-pemain saya merupakan keluarga saya, mereka sumber kekuatan saya. Tanpa mereka saya tak boleh jadi jurulatih.
Saiful Hadee yang merupakan guru di sebuah sekolah rendah berkata, dia tak berniat mengambil tindakan hingga mendatangkan keced3raan kepada pemain. Tindakannya hanyalah untuk menaikkan lagi semangat dan memotivasikan pemain dalam setiap perjuangan yang ada.
Artikel Terdahulu
Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan akan meneruskan siasatan bebas berhubung insiden jurulatih bola tampar menampar dua orang pemain ketika Kejohanan Remaja B-14 di Kota Tinggi, Johor pada 14 hingga 16 Disember lalu.
Menurut menterinya, Hannah Yeoh, walaupun ibu bapa pemain berkenaan dan Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melaka, VP Shanmugam sudah mengeluarkan kenyataan KBS tetap dengan pendirian mereka.
“KBS akan meneruskan siasatan bebas kerana ini bukan berkenaan dengan seorangan jurulatih atau dua orang pemain tetapi panduan yang kami tetapkan untuk generasi akan datang dalam industri sukan,” katanya di media sosial, Twitter.
Kenyataan Hannah di Twitter itu turut disokong oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek, yang bersetuju untuk meneruskan siasatan bebas mengenai insiden berkenaan.
“Saya akan bersam-sama dalam hal ini (meneruskan siasatan bebas),” kata Fadhlina yang sebelum ini membuat kenyataan bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan perkara itu.
Semalam bapa kepada pemain bola tampar Bawah 14 tahun Melaka, Abd Halim Bakar menganggap kejadian itu (menampar) biasa saja kerana anaknya, Nur’saidatul Akma, tidak ced3ra.
Abdul Halim berkata, beliau sekeluarga sudah berbincang dengan bapa kepada seorang lagi pemain bola tampar yang turut ditampar jurulatih sebelum ini.
Menurutnya, mereka sepakat memaafkan guru terbabit serta berharap isu itu tidak diperbesarkan lagi oleh mana-mana pihak.
Semalam Shanmugam berkata, setakat ini tiada tindakan diambil Majlis Sukan Negeri Melaka (MSN) terhadap jurulatih berkenaan meskipun Persatuan Bola Tampar Malaysia (Mava) sudah memutuskan tindakan menggantung guru terbabit dalam semua aktiviti bola tampar kebangsaan.
Sumber : Awani/ BH
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply